agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

Merdeka,Pulang & tawakkal...

MERDEKA!!!!

Satu lafaz yg dilaungkan oleh hatiku setelah penat lelah menamatkan exam bagi sem musim panas kali ini.aku menarik lafaz lega seketika sebelum tibanya sem baru pada bulan 10 akan datang.aku memohon maaf kerana lama sudah tidak menulis coretan2 terbaru buat sahabat2 yg melawati blog aku ni.

Pagi tadi ,pada jam 10 pagi.aku telah pun menamatkan sem musim panas aku bg tahun ini.dan insyALLAH ini adalah musim panas terakhir aku di Jordan.semoga aku serta sahabat2 yg lain dapat menamatkan pengajian kami pada musim sejuk kali ini.aku sangat2 berharap agar ALLAH memakbulkan doa,ku,ibuku,ayahku,dan sahabat2 ku,supaya aku serta rakan2 mendapat keputusan yg paling cemerlang pada sem ini.ALhamdulillah pada exam kali ini.aku mempunyai keyakinan yg kuat untuk memperbaiki keputusan ku.semoga dengan keberkatan bumi berkat ini.keyakinan ku itu menjadi kenyataan.

Kini….

Aku telah telah di gemparkan dengan satu arahan dari mak & abah ku supaya anak kesayangn mereka ini balik untuk beraya di Malaysia.pada permulaan nya aku menolak kerana aku tahu akan perihal ekonomi keluarga ku.tapi kehampaan & kesedihan mereka apabila aku menolak permintaan itu lah yg menyebabkan aku berusaha untuk mencari tiket balik ke Malaysia.alhamdulillah.dengan bantuan sahabat ku,mary jane,ninja bermata N dan bukori.aku berjaya mendapat tiket pulang ke Malaysia.doakan perjalanan pulang aku ke Malaysia nnt.

Sekrang aku kene membuat segala perancangn aku semasa berada di Malaysia nnt,seperti sahabat2 yg lain,yg tidak pulang.mereka dengn plan masing2,seperti superbad,dia akan ke turkey bersama nasir,zaki kemungkinan akan ke mesir,azrai n wan yg akan ke Syria.semoga kita kan diketemukan oleh ALLAH kembali di Jordan ini.setelah kita puas bercuti nanti…

Ucapan dari ku buat semua sahabat2 di Jordan AM nya,dan di MAFRAK khusus nya.”SELAMAT BERCUTI & BERGEMBIRA"

Reply