agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

biodata ulama

biodata ringkas ulama

Biodata Ringkas Profesor Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani :

Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahandanya, Syeikh Ismail Zain al Yamani merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal. Ayahanda nya ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.


Biodata Dr. Umar Abdullah Kamil :

Beliau dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1371 dan mendapat pendidikan pada tahap Ijazah Sarjana Muda dalan jurusan Ekonomi dan Ilmu Siasah dari Universiti Malik Sa’ud, Riyadh pada tahun 1975.. Ijazah Sarjana pada Pengurusan Pengajian Islam dari Universiti Karachi, Pakistan. Ijazah Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti of Wales, United Kingdom. Ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dari Universiti Karachi Pakistan. Juga ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dan Usul Fiqh dari Universiti al Azhar, Mesir.

Beliau telah banyak menghasilkan karya dan kitab-kitab, tesis serta maqalah ilmiah di dalam bidang-bidang Ekonomi Islam dan agama Islam. Beliau seringkali menghadiri dan menyertai seminar, muktamar ilmiah dan persidangan di negara-negara Arab dan antarabangsa.

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

PENGENALAN PENGARANG KITAB AL NAFHAH AL ILAHIYYAH :

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

Syeikh Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari dilahirkan pada akhir bulan Jamadil Akhir 1328H bersamaan 1910M dan wafat pada 1413H bersamaan 1993M di Tonjah.

Beliau dibesarkan di bawah didikan ayahandanya. Beliau telah menghafaz al Quran dengan pelbagai Qiraat dan menghafaz matan-matan ilmu termasuklah sebahagian besar Alfiyyah, Arba’in al Nawawiyyah, al Ajrumiyyah, Bulugh al Muram, Mukhtasar Syeikh Khalil dan sebagainya.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti al Qurawiyyin, Fas, Morocco dan Universiti al Azhar. Pada tahun 1350H bersamaan 1931M, beliau menduduki peperiksaan di Universiti al Azhar dalam 12 bidang ilmu Islam dan berjaya memperolehi ijazah Al`Aliyyah. Tarafnya sama atau lebih tinggi daripada Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) pada zaman ini. Beliau mempunyai ramai guru di merata dunia Islam.

Di antara gurunya yang terkenal ialah ­ayahandanya sendiri, Sayyid Muhammad ­ibn al Siddiq, saudaranya al Hafiz Abu AlFaidh Ahmad, al Allamah Sayyid Ahmad ­ibn al Tayyib al Qadiri, al Allamah Al Muhaddith Abdul Hayy al Kattani dan Allamah al Qadhi al Husin al ‘Iraqi dan ramai lagi.

Karyanya yang pertama ialah kitab yang mensyarahkan Matan al Ajrumiyyah. Kitab karangannya yang lain ialah Al Ibtihaj bi Takhrij Ahadith al Minhaj li al Baidhawi, Fadhail al Quran, Syarh al Irsyad fi Fiqh al Malikiyyah, al Qaul al Muqni’ fi Raddi `ala al Albani al Mubtadi’ dan lain-lain lagi.

KITAB DALAIL AL KHAIRAT :

Kitab Dalail al Khairat merupakan kitab salawat yang disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Sulaiman Jazuli. Kitab ini amat masyhur di dunia Islam dan telah menyuntik semangat umat Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam. Bahkan, kitab ini mendapat perhatian yang besar dari setiap golongan, dari golongan bangsawan hinggalah kepada rakyat jelata.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah tercatat dalam sejarah Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ( 1777 – 1784 ) dari kerajaaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka, yang gugur syahid di Teluk Ketapang Melaka, dengan badik sebelah tangan dan kitab Dalail al Khairat di sebelah tangan lagi.

biadata seorang kekasih

“MAULID AL-RASUL SAW”
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ’Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ****** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )