agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

Archive for August 2008

tawaran bagi wanita berjubah

Assalammualaikum...

Berita gembira bagi wanita-wanita yg minat dengan penampilan berjubah pada diri mereka..
kini....
~dengan harga yang berpatutan
~jubah yg pelbagai & cantik
~ber macam2 warna & fesyen
~ datang nya dari luar negara

boleh anda tempah dan membelinya dari kami..

antara contoh jubah yg pihak kami tampilkan kepada anda:..



(versi abaya)



(versi hitam)




(jubah seluar)


bagi sesiapa yg berminat boleh la membuat tempahan kepada:

+6064683711(rumah malaysia)
+60132223237(juru jual)
+962777736987(no jordan)


tempahan:

bagi sesiapa yg mahu mendapatkan jubah tersebut sebelum hari raya ini.tempahan mestilah dibuat sebelom 18 ogos 2008.

untuk tempahan selepas itu.penghantaranya belum di tetap kan.


cepat selagi waktu dan stok masih ada..

Merdeka,Pulang & tawakkal...

MERDEKA!!!!

Satu lafaz yg dilaungkan oleh hatiku setelah penat lelah menamatkan exam bagi sem musim panas kali ini.aku menarik lafaz lega seketika sebelum tibanya sem baru pada bulan 10 akan datang.aku memohon maaf kerana lama sudah tidak menulis coretan2 terbaru buat sahabat2 yg melawati blog aku ni.

Pagi tadi ,pada jam 10 pagi.aku telah pun menamatkan sem musim panas aku bg tahun ini.dan insyALLAH ini adalah musim panas terakhir aku di Jordan.semoga aku serta sahabat2 yg lain dapat menamatkan pengajian kami pada musim sejuk kali ini.aku sangat2 berharap agar ALLAH memakbulkan doa,ku,ibuku,ayahku,dan sahabat2 ku,supaya aku serta rakan2 mendapat keputusan yg paling cemerlang pada sem ini.ALhamdulillah pada exam kali ini.aku mempunyai keyakinan yg kuat untuk memperbaiki keputusan ku.semoga dengan keberkatan bumi berkat ini.keyakinan ku itu menjadi kenyataan.

Kini….

Aku telah telah di gemparkan dengan satu arahan dari mak & abah ku supaya anak kesayangn mereka ini balik untuk beraya di Malaysia.pada permulaan nya aku menolak kerana aku tahu akan perihal ekonomi keluarga ku.tapi kehampaan & kesedihan mereka apabila aku menolak permintaan itu lah yg menyebabkan aku berusaha untuk mencari tiket balik ke Malaysia.alhamdulillah.dengan bantuan sahabat ku,mary jane,ninja bermata N dan bukori.aku berjaya mendapat tiket pulang ke Malaysia.doakan perjalanan pulang aku ke Malaysia nnt.

Sekrang aku kene membuat segala perancangn aku semasa berada di Malaysia nnt,seperti sahabat2 yg lain,yg tidak pulang.mereka dengn plan masing2,seperti superbad,dia akan ke turkey bersama nasir,zaki kemungkinan akan ke mesir,azrai n wan yg akan ke Syria.semoga kita kan diketemukan oleh ALLAH kembali di Jordan ini.setelah kita puas bercuti nanti…

Ucapan dari ku buat semua sahabat2 di Jordan AM nya,dan di MAFRAK khusus nya.”SELAMAT BERCUTI & BERGEMBIRA"

aku,cerek & vico

Salam.

Malam ni aku mcm nak cite kat korg satu benda bodoh yg telah aku buat,sebenar nye aku tak perasan la benda ni terjadi kat aku.Pada satu pagi tu kan.(dua hari yg lepas la.)aku bangun pagi(pagi tu bg istilah lelaki yg berstatus bujang ni adelah pukul 10 ke atas) untuk study la konon nye.tapi tak study pun sbb aku g layan internet ni.Tibe aku rase tekak aku ni kering je.Bnyk sangat telan air liur basi kot.huhuhuhu.Aku pun g la menjengok kat dapur klu ade sisa2 makanan semalam.Nasib aku malang gile sbb semua nye hanye tinggal kesan2 indah je kat dapur tu.Makanan nye semua habis yg ade cume la secerek air VICO.

Aku pun dengan hati yg hampa dan sedih sangat pegi la panaskan air vico tu kat atas dapur.klu nak tunggu depan dapur tu sampai air tu panas mane la larat kan.jadi tugu Negara lak aku kang.aku pun g la kat bilik untuk tngk2 blog aku ni.tibe2 aku di beri ilham untuk menulis pasal blog aku yg bertajuk”aku,rose & mary jane”.aku pun khusuk la menulis blog aku tu…

Tiba-tiba…….

Hidung aku terbau satu bau yg agak tengik ckit.”YA ALLAH” lafaz yg mulia itu terbit dari mulut ku,menandakan ku teringt akan sesuatu(osah ayat novel eh).aku terlupa nak padam air yg aku panas kan tadi.aku belari kedapur.bile sampai je kat dapur tu.aku bagaikan di dalam alam yg lain atau pun mcm aku berada di alam bunian.Penuh dengn asap2 putih je..aku ingt dah ke alam bunian dah,boleh gak jumpe awek2 cun.tapi bile aku bau je asap tu dengn bau yg hangit,baru aku sedar bukan puteri bunian yg aku cari,tapi cerek yg tak padam tadi.bile aku g je kat cerek tu.aku pdam gas.cerek tu hampir sahaje rentung .nasib baik aku sempat menyelamatkan dia.klu tak kene la aku keluarkan duit untuk ganti.

Cerek tu abis hitam,vico dalam cerek tu dah jadi coklat.air yg penuh tadi kering sbb aku lupe nak tutup api selama 45 minit.sekrg tugas aku masih belom selesai.aku kene gosok cerek tu sampai hilang hitam dia.sbb nak gune lagi.esok setel kot keje aku tu…hihihi

*moral nya.jgn khusuk sangt depan com.ingt kita di alam yg nyata.jaga diri.sahabat.jiwa.dan cerek anda…..

*kawan yg nak mai umah,kami tak leh nak buat air syai,kopi,vico atau lain2 sbb cerek dalam proses baik pulih..sekian



pic tngh- keadaan cerek selepas semint di padam

pic kiri- keadaan dalam cerek selepas dia bedah siasat

pic kanan - vico yg telah bertukar menjadi coklat

aku & bola


Nasri,nasri,nasri….

Itulah suara atau laungan budak2 ni untuk menyuruh aku menjaringkan goal pertama bg team kami(mafrak fc).sebenar nye korg tahu je kan name aku sape,cume aku ni suke perasan mcm pemain bola yg aku minati tu,name dia samer nasri.pemain berasal dari francis dan bermain untuk kelab kesayangan aku, arsenal.Tapi semalam aku tak menjadi mcm nasri la.Aku lembab sangt2 semalam.Walaupun berat badan aku dah mulai kurang akan tetapi kelajuan aku masih tetap same.Semasa perlawan antara kami dengan irbit fc aku di kawal ketat dari 2 org pemain pihak lawan,muneerda n padil sehinggakan segala pergerakkan aku terbatas.Sebenrnye tak ketat pun cume aku ni dah berat kan senang je dia org nak kejar tapi aku puas hati main semalam. Ini pendapat aku untuk pemain2 mafrak:

-apek n9-

Main bersamangt,laju,pandai kawal permainan,cume dia kedekut ngn aku bile dah tepi goal.ade satu bole tu,klu dia pas kat aku mesti goal nye la.tapi dia nak sangat g rembat,hahaha

-bukori gemuk-

Baru aku tau yg kwn aku sorg ni pandai gile main keeper,semalam kan dia tepis bnyk gak bola.walaupun dia nampak berat tapi boleh terbang tu.hebat2.pujian la bg dia.cume bile separuh mase ke dua dia menggantiakn tempat aku,dia kelihatan lebih berat dari aku.hahaha

-bad-

Dia ni memang laju ,walau pun bersepah ckit tapi dia mampu menjaringkan goal gak.lawa gak goal tu.memang la boleh laju2 sebb dia kurus,tapi ape pun tahniah la…tlg buat goal

-deko-

Dia ni sorg,main dah best gak la.cube menghidupkan bahagian tngh,tapi lambt sangt bg bola kat aku.klu bg cepat cakit dah boleh dah nak jaringkan goal.tapi dia penah bg aku bnyk kali gak.cume aku ni je yg tak dapat menyudahkan dengn sempurna.hihihi

-manan-

Dia ni memang keras la care dai main.kuat,laju,n tangkas.sepatut nya aku dia gandingkan dengn dia kat bahagian atas,tapi dia telah di mandatkan untuk menjaga bet kanan.pastu dia berang ngn aku sbb bnyk sangt peluang yg aku lepas kan.dia pun naik menggantikan aku.

-shahir-

Dia laju dah.cume dia ni mcm kertas ckit laju n longlai.bnyk gak dia angkat bola.kalau aku ni tak berat dah lame dah aku tanduk je bola dia tu.dia pun hebat gak sbb dpt menjaringkan goal permulaan untuk kita org.

-Raziin-

Ni sorg lagi.main nak mcm ronaldinho je.tergentel sane n sini.tapi pasing lambat.klu dia jolok je bola tu.hai aku tak tau la berape goal yg aku dah buat.hahaha

-pejal sumpit ©-

Dia ni kapten baru kita org.ganas gak bile jadi kapten luar padang bersemgt sangt2 bile dalam padang senyap je.dia laju n kuat.cume factor badan yg terlalu nipis menyebabkan dia senang dia tolak..

Ramai lagi.tapi mals la aku nak komen.ape2 pun semalam semua org main best gile cume aku je yg lembab ckit.hahaha klu laju dah mantap dah kumpulan kita ni.Ingt semua keadaan mcm mane pun.jgn jadi gemuk .bile gemuk hanye satu tempat je yg boleh korang main.keeper je la…pelawan semalam berakhir dengn keputusan 2-2.ok

Bye…

biodata ringkas ulama

Biodata Ringkas Profesor Dr. Muhammad Ismail Zain al Yamani :

Pensyarah di Kuliah Usul Fiqh Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi Memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti Umm al Qura, Arab Saudi Pakar Fiqh Syafi’i di Makkah al Mukarramah Ayahandanya, Syeikh Ismail Zain al Yamani merupakan seorang ulama’ yang sangat terkenal. Ayahanda nya ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al Haram, Makkah al Mukarramah. Digelar dengan Syafi’i Soghir (kecil) dan telah melahirkan ramai ulama’ termasuk dari Indonesia dan Malaysia. Keluarganya adalah terkenal sebagai keluarga ulama’ dan berketurunan mulia.


Biodata Dr. Umar Abdullah Kamil :

Beliau dilahirkan di Makkah al Mukarramah pada tahun 1371 dan mendapat pendidikan pada tahap Ijazah Sarjana Muda dalan jurusan Ekonomi dan Ilmu Siasah dari Universiti Malik Sa’ud, Riyadh pada tahun 1975.. Ijazah Sarjana pada Pengurusan Pengajian Islam dari Universiti Karachi, Pakistan. Ijazah Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti of Wales, United Kingdom. Ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dari Universiti Karachi Pakistan. Juga ijazah Kedoktoran dalam Pengajian Islam dan Usul Fiqh dari Universiti al Azhar, Mesir.

Beliau telah banyak menghasilkan karya dan kitab-kitab, tesis serta maqalah ilmiah di dalam bidang-bidang Ekonomi Islam dan agama Islam. Beliau seringkali menghadiri dan menyertai seminar, muktamar ilmiah dan persidangan di negara-negara Arab dan antarabangsa.

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

PENGENALAN PENGARANG KITAB AL NAFHAH AL ILAHIYYAH :

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

Syeikh Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari dilahirkan pada akhir bulan Jamadil Akhir 1328H bersamaan 1910M dan wafat pada 1413H bersamaan 1993M di Tonjah.

Beliau dibesarkan di bawah didikan ayahandanya. Beliau telah menghafaz al Quran dengan pelbagai Qiraat dan menghafaz matan-matan ilmu termasuklah sebahagian besar Alfiyyah, Arba’in al Nawawiyyah, al Ajrumiyyah, Bulugh al Muram, Mukhtasar Syeikh Khalil dan sebagainya.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti al Qurawiyyin, Fas, Morocco dan Universiti al Azhar. Pada tahun 1350H bersamaan 1931M, beliau menduduki peperiksaan di Universiti al Azhar dalam 12 bidang ilmu Islam dan berjaya memperolehi ijazah Al`Aliyyah. Tarafnya sama atau lebih tinggi daripada Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) pada zaman ini. Beliau mempunyai ramai guru di merata dunia Islam.

Di antara gurunya yang terkenal ialah ­ayahandanya sendiri, Sayyid Muhammad ­ibn al Siddiq, saudaranya al Hafiz Abu AlFaidh Ahmad, al Allamah Sayyid Ahmad ­ibn al Tayyib al Qadiri, al Allamah Al Muhaddith Abdul Hayy al Kattani dan Allamah al Qadhi al Husin al ‘Iraqi dan ramai lagi.

Karyanya yang pertama ialah kitab yang mensyarahkan Matan al Ajrumiyyah. Kitab karangannya yang lain ialah Al Ibtihaj bi Takhrij Ahadith al Minhaj li al Baidhawi, Fadhail al Quran, Syarh al Irsyad fi Fiqh al Malikiyyah, al Qaul al Muqni’ fi Raddi `ala al Albani al Mubtadi’ dan lain-lain lagi.

KITAB DALAIL AL KHAIRAT :

Kitab Dalail al Khairat merupakan kitab salawat yang disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Sulaiman Jazuli. Kitab ini amat masyhur di dunia Islam dan telah menyuntik semangat umat Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam. Bahkan, kitab ini mendapat perhatian yang besar dari setiap golongan, dari golongan bangsawan hinggalah kepada rakyat jelata.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah tercatat dalam sejarah Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ( 1777 – 1784 ) dari kerajaaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka, yang gugur syahid di Teluk Ketapang Melaka, dengan badik sebelah tangan dan kitab Dalail al Khairat di sebelah tangan lagi.

nur saidina muhammad S.A.W

Hari Jumaat digalakkan kita untuk memperbanyakkan sholawat dan salam atas Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat itu amalan yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim yang mengaku dirinya pengikut dan umat Rasul teragung ini. Para ulama dan shulaha` sentiasa memperingatkan kita untuk banyak-banyak bersholawat ke atas Rasul Junjungan s.a.w. Mereka yang memperbanyakkan sholawat akan memperolehi manfaat dan kelebihan yang besar daripada Rabbul Jalil azza wa jalla. Buat nukilan sempena hari yang berkat ini, aku nukilkan tulisan Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz bin Zainuddin al-Malibari dalam kitabnya "Irsyadul 'Ibaad ilaa Sabiilir Rasyaad". Syaikh Zainuddin ini adalah anak murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan beliau adalah ulama Syafi`i yang besar dan merupakan pengarang kitab "Fathul Mu`in" yang masyhur. Pada halaman 65 kitab tersebut beliau menulis:-

Dalam kitab "Syaraful Musthofa" bagi Abu Sa`id dinyatakan bahawa satu ketika sedang Sayyidatina 'Aisyah r.'anha menjahit di waktu sahur, jarumnya terjatuh dan lampu rumahnya terpadam. Kemudian masuk Junjungan Nabi s.a.w. dalam rumahnya maka bercahayalah rumah tersebut dengan cahaya baginda s.a.w. sehingga Sayyidatina 'Aisyah r.'anha dapat mencari dan mendapat semula jarumnya yang jatuh tadi. Sayyidatina 'Aisyah r.'anha berkata: "Alangkah bersinarnya wajahmu, wahai Rasulallah." Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Kebinasaanlah bagi sesiapa yang tidak dapat melihatku." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya: "Siapa yang tidak dapat melihatmu?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Orang bakhil." Sayyidatina 'Aisyah r.'anha bertanya lagi: "Siapakah orang bakhil?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang tidak bersholawat ke atasku apabila mendengar namaku."
Kisah yang serupa juga disebut oleh Kiyai Agung dalam "Nafahatul Miskiyyah" yang diterjemah oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi dengan jodol "Hembusan Kasturi", di mana pada halaman 20 dinyatakan:-

Telah diriwayatkan daripada Sitti 'Aishah bahawa ia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahor (suboh sebelum fajar) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah padaku Rasulullah s.a.w. maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata: "Hai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu," dan seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada Hari Kiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil (lokek)." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Rasulullah: "Alladzi dzukirtu 'indahu fa lam yushalli 'alayya" ertinya "Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan selawat bagiku."

Allahu ... Allah, bertuahlah sesiapa yang memandang dan mengambil manfaat dengan cahaya Junjungan Nabi s.a.w. Siti 'Aisyah sebagaimana segala sahabat semuanya memandang dan melihat cahaya nubuwwah pada diri Junjungan s.a.w. dan mereka mendapat manfaat bagi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam mencapai redha Ilahi. Sedangkan Abu Lahab yang dahulunya saban hari melihat dan memandang Junjungan s.a.w. telah gagal melihat dan memanfaatkan cahaya tersebut kerana Abu Lahab hanya melihat Muhammad si anak yatim dan bukannya Muhammad Rasulullah s.a.w. Lalu bagaimana pandangan kita terhadap Junjungan Nabi s.a.w.? Mudah-mudahan kita memandang baginda sebagaimana para sahabat memandangnya.

Allahumma sholli wa sallim 'alaihi wa 'ala alihi wa ashhabih

nisfu sya'ban dan kelebihan nya

DALAM bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''

Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: Siapa yang mohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu … adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehingga terbitnya fajar Subuh."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.".

Di negara kita sendiri, apabila tiba malam Nisfu Syaaban orang ramai digalakkan menghadirkan diri memakmurkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi merebut keistimewaan malam tersebut dengan memperbanyakkan dan meningkatkan amalan. Sekarang ini, cara umat Islam menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaa Siin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaa Siin, dibaca doa. Pada bacaan Surah Yaa Siin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua, diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Oleh itu janganlah kita leka dan lalai dengan kesibukan urusan duniawi semata-mata seperti urusan kerja, pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya sehingga tidak langsung merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini khususnya malam Nisfu Syaaban.

Sya'ban yang mulia


Di dalam bulan Sya’ban, terdapat beberapa ajaran daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat diamalkan oleh seseorang muslim. Di antaranya ialah seperti berikut:

1- Perbanyakkan puasa dalam bulan ini:

…أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا[1]

Maksudnya: ‘Aisyah berkata ‘Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa pada satu bulan melebihi bulan Sya‘ban. Baginda berpuasa bulan Sya‘ban kesemuanya. Baginda sering berkata “Ambil amalan yang kamu mampu lakukan kerana Allah tidak akan bosan kecuali jika kamu bosan.”

Sebaik-baik solat kepada Nabi s.a.w. ialah apa yang diteruskan walaupun sedikit. Jika baginda melakukan satu solat Baginda akan meneruskannya.

2- Apabila sampainya pertengahan Sya‘ban, pastikan kita mempunyai sifat-sifat mulia ini (Mukmin tidak bersengketa dan tidak berhasad dengki):

يطلع الله تبارك و تعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان ، فيغفر لجميع خلقه ، إلا لمشرك أو مشاحن [2]

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam pertengahan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

3- Apabila berada di pertengahan kedua Sya'ban,puasalah pada hari yang biasa kita puasa sahaja, jika tidak biasa puasa pada hari itu elok jangan berpuasa:

إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا [3]

Maksudnya: Apabila datangnya pertengahan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.

4- Pastikan tidak berpuasa pada hari yang di ragui adakah masih Sya‘ban atau sudah masuk Ramadhan:

لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ [4]

Maksudnya: Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari kecuali orang yang biasa puasa hari tertentu bolehlah dia berpuasa pada hari itu

.…فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [5]

Maksudnya: Maka Ammar berkata ‘Siapa yang puasa pada hari yang manusia meraguinya maka dia telah membuat maksiat terhadap Abu al-Qasim s.a.w.

Rujukan:


[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.


[2] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain.


[3] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.


[4] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.


[5] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686.

buat la pilihan cinta kamu...

Salam

Mlm tadi aku ditalipon oleh sorg sahabat.dia meminta pendapat dari aku pasal cinta dan perasaan dia.masalah yg dia hadapi ialah dia sedang di takdim oleh seorg jejaka yg klu kita lihat pada zahir nya adalah seorg yg sempurna jugak la.(insyALLAH batin pun ok gak tu) tapi hati sahabat saya ini masih ade keraguan untuk menerima dia.kerana beberapa sebab.

!)takut untuk bercinta lagi

Bg aku atau nasihat aku pada dia,percintaan untuk kali kedua ini memerlukan kekuatan dan persedia,klu hati n perasaan kita masih lagi belom bersedia make jgn sesekali mencoba.kerana ia kan lebih nyakiti nanti.klu dah betul2 bersedia untuk menerima make jgn sesekli melepaskan peluang itu.yg penting klu dah buat pilihan sandarkan pilihan itu pada ALLAH yg esa

2)masih mengingati kekasih lamanya

Dia ade ckp jugak yg hati dia ni masih pada kekasih hati nya yang lame.sedangkan peratus untuk mendpt atau kembali pada kekasih nya yg lama itu bagaikan mencari bintang tika rebut taufan.payah dan seakan2 mustahil.bg aku setiap wanita memerlukan satu sifat iaitu kekuatan pada diri dan cinta.jgn mudah untuk lemah dihadapan cinta lelaki yg mcm ni.kuatkan diri,jgn lagi mengharap yg tak pasti sedangkan kepastian cinta telah dtg dihadapan anda.”jgn jadi bodoh” kate mary jane untuk menunggu cinta itu.klu dah jumpe org yg lebih baik make ambil dan jgn toleh belakang lagi dah.

3)lelaki itu baik sangt

Dia ade ckp gak yg dia ni seorg yg tak baik dan tak sesuai ngn lelaki tu yg baik. Bonda aku pernah berckp kat akk aku”klu awk tu tak baik takkan nak kawin ngn org tak baik gak”sebenr nye klu kita tak baik(hakikat nye wanita tu baik sangt2) sudah tentu ALLAH mahukan kebaikan kepada kita sebb itulah ALLAH jodoh kan kita dengn org yg baik2.

Aku tak pandai tentang cinta.tapi ape yg mampu aku cerita,aku bg tau la..semoga sahabat aku itu berbahgia dengan calon nya yg baru.INGT jgn toleh kebelakang lagi dan mengingati kekasih lame itu.bina satu kehidupan yg baru bersamanya….

Aku , Rose & Mary Jane

Salam

“konicuak..konikcuak…konicuak…” hp aku berbunyi,menandakan ade satu msj menjenguk aku buat seketika (mcm ayat novel la siot) aku buka lock hp aku.kat cni kene lock hp sebab banyak betul tangan yg buka hp aku ini dan bace msj tanpa keizinan,nasib baik tak de hukum hudud atau sivil bg org yg bace msj tanpa keizinan, klu tak.. dah lame aku jalan kan hukuman tu..bile aku buka hp aku tu,rupenya tuan yg menghantr msj tu ade lah rose .dah seminggu dia tak hantr msj.mungkin cbuk agak nye.(saje nak pujuk hati)aku tak tau nak ckp ape pasal rose aku ni.nnt aku cerita la..

Sekrang aku nak cite pasal AKU,ROSE & MARY JANE

pada satu ketika..aku ngn rose mcm mempunyai satu masalh yg besar sangt2.bagaikan retak menanti pecah.mase tu aku dan dia tidak berhubung selama 1 bulan lebih kot.mase tu dia bukan nye kat u ke?kat mane2 ke?dia ade je kat umah.tapi aku kot yg salah.sbb tak didik dia elok2 sebagai pasangan yg sedang berkasih.jadi aku letak kan aje kesalahan itu pada diri aku ni.tapi dia masih lagi tak paham akan perasaan hati aku mase tu.aku terlalu sepi sedang kan rakan2 aku di sekeliling mempunyai hati yg tenang dengn kekasih2 mereka.dah nasib aku kot.dulu aku seorg yg selalu mengecewa kan hati ramai wanita.ni mungkin balasan bg aku.aku terima dengn hati yg kotor ini.

Kesepian aku hilang bile hadir dalam hidup aku seorg wanita,yg penuh dengn kasih sayg,erti persahabtan,gurauan,n baik hati.mary jane itu la name yg aku berikan.sbb mule2 aku berkenalan ngn dia.dia panggil aku superman n aku panggil dia mary jane.hakikat nye mary jane tu bukan awek superman pon.hahaha.kehadiran dia memang menghidupkan suasana aku kembali dengn lebih happy.setelah lama aku berkwn dengn mary jane.aku mulai mengenali dia dengn lebih rapat.dia seorg yg kelakar tau,tapi otak dia pandai.dia mengisi kekosongn hidup aku.Cuma aku tak kan penah melafaz kan kata cinta kepada dia.kerana kata itu telah aku khas kan pada insan yg paling istimewa,ROSE.bersalah kah aku?dengn persoalan ini la,aku mulai sedar akan kesilapan yg aku buat.aku mulai bingung untuk memilih dua wanita.antara rose yg aku telah berikn harapan n janji,walaupun dia masih tidak memahami erti percintaan.harapan ,janji & keyakinan yg dia kan menjadi lebih baik la yg membuat aku kuat bersama nya.(antara rose) atau mary jane yg bnyk mengajar aku erti cinta,dia wanita yg mengharap pada ku kasih n syg.dan dia la wanita yg menepati ciri2 yg aku ingnkan.aku bingung sangt2 mase tu.aku teringt kate2 sahabt aku,cinta memang akan buta ,dan buta la org yg buat pilihan yg salah.aku menyayangi kedua2 nya.tapi aku tak layak untuk memilki kedua2 nya sekali kerana wanita mempunyai hati yg lembut dan payah untuk berkongsi.itu la fitrah nya manusia yg bergelar seorg IBU dan wanita.

Setelah aku berfikir panjang,aku perlu membuat satu keputusan yg tepat.aku tidak mahu lagi memberi harapan yg palsu pada sapa2.pilihan ku muktamad.aku telah memilih untuk SETIA.aku perlu kembali pada rose.kerana aku telah tinggal kan dia dengn pengharapan dan cinta.aku telah letak kan pada diri aku satu syarat untuk kembali pada nya.syarat nya,aku perlu berterus terang pada dia,kesilapan aku n dia.jadi malm tu.aku berterus terang pada rose dengn sedikit tegas.aku marahi dia.aku suruh dia amik pen n kertas untuk Salin ape yg aku nak ckp.mase tu aku bagaikan suami yg mahukan kopi panas dari isterinya yg amat takut pada arahan..hahaaahahaha.aku luahkan segala2 nya.aku tekad klu dia tidak menerima tak pa.aku rela lepaskan dia.tapi dia adalah wanita yg mempunyai sifat ke ibuan yg tersimpan.dia menyintai aku sedalam2 nya.Cuma dia seorg yg tegas pada lelaki,tak tahu akan perihal org bercinta.aku membukakan kan hati untuk menuntut kembali erti kesetiaan dari dia.sbb sekira nya kita berjumpa dengn seorg wanita yg bnyk perbezaan dengn kita atau tidak sempurna.kita jgn tinggalkan dia kerana semua wanita tidak sempurna,kalau aku tinggal kan dia kerana dia tidak sempurna dan aku bercinta dengn wanita lain.kemungkinan wanita selepas dia juga ade yg tidak sempurna.jadi aku akan terus dan terus dengn perpisahan.jadi aku perlu berhenti dari perpisahan sebaliknya aku permembuat perubahan.bak kate mary jane “perselisihan itu tanda kita untuk baiki membaiki,dan perbezaan itu tanda kita saling lengkap melengkapi”

Dan aku juga telah berterus terang kepada mary jane tentang keadaan sebenr nya.tiada kata yg dia mampu lafaz kan.kecuali air mata yg gugur di pipi mary jane.aku tau aku sangt bersalah kerana air mata wanita bukan untuk lelaki seprti aku ni.aku kuat kan diri untuk tidak menipu,aku kene terus terang walaupun dia akan terus menangis.aku adalah lelaki bodoh yg menolak cinta yg telah seorg wanita berikan.tapi aku kene kuat,kerana cinta & kesetiaan perlu di pertahan kan.setelah aku n mary jane berbincang.kita org mendapat satu keputusan yg amat perit untuk kami lakukan.kami berpisah dari tali percintaan (yg belom lagi termetrai) dan kami bertekad untuk menjadi sahabat yg terbaik dlm hidup masing2.hati ku mulai tenag kembali dengn keputusan yg aku buat.ni semua adalah tanda dan rahmat dari ALLAH kerana memberi aku sedikit ilmu untuk aku mampu membuat satu keputusan yg terbaik.maaf kan aku mary jane.semoaga ALLAH akan menemukan engkau dengn lelaki yg terbaik dalam hidup engkau

Kini…

,segala cinta,perasaan,hati berkasih aku serah kan kepada seorg wanita sahaja...

Apa jua terjadi semua nya tak kan berubah.cinta aku ni.akan terus kekal selagi engkau mencintai aku rose..

Kini Cinta hati ku hanya pada rose.....

*p/s mase aku tulis blog ni,aku sedang panas kan air milo semlam kat dapur.aku lupe nak tutup.air milo tu dah kering n hangus.sbb mase aku tulis tiba2 aku terbau ,bau hangit.aku belari kedapur.aku dapati dapur aku berasap,penuh dengn asap mcm masuk dalam alam kayangan lak.hahah.yg kecian nye cerek yg aku gune nak buat air selalu tu tak boleh gune dah kot.mcm mdah berlubang je.ahhaha



lagu tema "Aku,Rose & Mary Jane"

6ixth Sense - Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu
Resahku tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu dan hadirnya menyentuh hatiku
Mencintainya
Hatiku pun inginkannya
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Ku sakiti hatimu yang tulus mencintaiku

(Korus)
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena ku terhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya

Terhanyut jiwa ini terjatuh dihatinya

bangun malam tau...

Aku tak tau la aku nak cite ape,tapi mlm ni kan aku rase ngntuk sangt2 tau.tak tau la.rase mcm ade batu bate je atas kelopak mate aku ni.klu tngk cite ke ape ke,segar lak dia.klu tngk je kitab,mule la dia berat semacam je.geram aku.tapi nak wat mcm mane kan klu dah mate kite nak tido kene la tido kang kene tarik nikmat tido kang baru tau.hahaha.

Aku cume nak bg tau korg semua,hakikat cite dalam blog aku ni.semua nye tak de kene mngena ngn sape2 pun.ni kayalan aku je.klu ade kene mengena pun ckit je la.korg jgn la marah.aku ni insan yg lemah tau.tapi kan klu ade terase tu ,tunjuk kan la bukti yg org itu adelah diri korg.hihihi.mlm2 ni aku cume nak bg tau korg satu perkara yg selalu aku buat dulu tapi aku dah mule tinggal kan dia tau.

Berkenaan dengn bngn mlm ni.mase aku kat sekolah menengh dulu ade jugak la aku bngn untuk solat2 ke ape ke.tapi bile makin tua ni makin mls n berat je mate.itu ok lagi ade kale nye kita yg muda2 ni boleh tertido untuk solat subuh,bahaya tu.

Sekrg ni kan aku cume kunci jam je pukul 3 pg.pas tu kan klu jam tu berbunyi,aku cume bngn n tadah tngn untuk berdoa je.g solat mls la pulak.sbb ape aku wat mcm tu.ustz2 ni ckp kan ,klu kita berdoa pada mase tu,ia akan diterima @ makbul.jadi paling kurang aku boleh buat benda tu la.korang jgn jadi mcm aku ni.bngun2 la solat mlm tau.sbb bak kate doctor aku.sape yg bngn mlm memang akan mendapt sesuatu perubahan n nikmat pada diri kita.memang akan rasa.

Ok la tu je aku nak sembang pun…huhuhu.aku nak cube kurang2 kan mengumpat dlm blor ni.hahahha.

tolong hentikan!!!!

Aku terharu pulak rase nye kat sorg musuh utama aku ni.dia asyik kene marah n kritik hebat oleh kwn2 aku y lain.ye la sape suruh wat perangai kan.tapi silap dia ke? Mungkin ade silap dia.n mungkin ade silap kita.tapi silap dia lebih ckit huhuhu.

Musuh aku sape lagi kalau bukan ustzh kampong la.cian tau.dia ni ade blog gak mcm aku ni.tapi kat bahagian chat dia tu ramai sangt budak2 g marah dia.mungkin tu semua bukan satu marah cume teguran.kita org i ni kan klu nak menegur mesti la ksar ckit sbb kita lelaki punyai satu sifat iaitu ego n cute(ape kene mengena cute lak ni) hahahaha.n ni nasihat dari musuh kepada musuh(klu dia tak bace tlg bg tau)

-belajar la rajin2 sampai semua org hormati n sanjung,baru mudah kita untuk kuasai pemikiran org sekitar

-duduk dulu belajar usul dakwah baru kita ketahui akan hakikat sebenr dakwah (lebih2 lagi org yg syadid)

-terlalu awl menonjol akan menyebab kan terlalu awal untuk jatuh kembali..

-keegoan perlu di serasikan dengn akal n pemikiran

-nilai manusia dari hati bukan luaran.

Nasihat ni bukan untuk dia je tapi untuk kita semua lebih2 lagi pada aku ni.sbb telinga aku lah benda paling dekat dengn mulut yg berckp.(ade je lagi hidung ke?mata ke?misai pun gak..hahaha)

Tolong hentikan tu bermaksud,hentikan dari marah dia,n klu dia tak hentikan peragai dia jgn hentikan marah korg tu.hahahahha

cinta & persahabatan

Salam.

Aku nak cerita kat korang pasal kawan 2 kat cni la.ade la dua ke tiga org.ini berkenaan dengn persahabatn n percintaan.sebelom tu aku nak tnye mane lebih hebt persahabtan atau percintaan?

Bg aku persahabatan itu lebih jauh hebat nye dari percintaan (antara sesame manusia)sbb2 nye adalah:

-percintaan kemungkinan hanye akan berlaku dengn pandangn zahir,(klu tak cantik kurang la org tu nak cinta) Tapi persahabatn tidak memilih paras rupa mahu potong bdan .tak kesah la org tu kering mcm ikan kering ke atau gemuk mcm hippo.huhuhu

-percintaan,payah untuk kekasih menceritakn masalah keuwangn pada kekasih tapi pda sahabt senang je.sampai abis duit kwn kita kite gune g belanje awek.huhuhu.

-percintaan boleh menyakitkan tapi bg persahabtan klu terguris ia kan membawa kepada satu pendakatn perhubungn

Bnyk lagi la.klu nak aku ungkap kan bnyk sangt.boleh buat kitab lak.kang kalah lak ustz said kat muktah kang.hahaha

Ok2 .aku ade kwn yg bername tecom(bukan name sebenar) dahulu nye dia seorg yg bergaul dengn kawan2.selalu buat lawak ngn kita org.seorg yg aku respek.baik n peramah.semenjak dia berkawan dengn sorg awek ni,perangai dia mulai berubah.dia tidak peramah mcm dulu,payah nak bergaul.bnyk lagi la..aku rindukan dia yg dahulu.dia memang dah berubah.mungkin dia merasa kan yg dia telah mendapat sesuatu yg telah menyempurna kan diri dia.sbenar nya tidak.semua akan kembali pada kwn2 bila kita menemui masalah atau bosan.tapi kita biarkan dia dengn diri n awek dia.aku ni bukan baik dlm percintaan.aku ni jahat gak.hahaha.tapi dahulu aku respek gile kat dia.sbb awek dia yg lame penah cedera parah.muke awek lame dia rosak gile.tapi walaupun perangai dia tak la baik sangt tapi dia ckp kat aku satu je”klu aku nak awek lawa,aku boleh cari lain tapi aku perlu setia” aku tersentap dengr kate2 dia.bagus gile dia.setia n amanah pada cinta walau awek dia muke dah sempong .mase tu aku tabik gile.bile aku dngr dia dah bercinta ngan budak lain.aku jadi marah.aku dah tak respek ngn dia.lelaki semua same je.wah! mcm aku lak pompuan.ahahha.tapi tu la hakikat nya.aku nak cite bnyk lagi pasal cinta n persahabtan tapi kita sambung lain kali ok.....huhuhu

Untuk bercinta perlukan persediaan.selagi tidak bersedia jgn bercinta.mulai dengn sahabat.jadi mcm aku.bnyk je kawn tapi bukan bercinta.selamt berfikir….

hampir ke penghujung rancangan

Salam

hari ni telah menunjukkan kepada aku n kwn2 yg lain bahawa program atau rancangn pelajaran musim panas kita hampir ke penghujung.minggu depan make bermula la peperangn pelajaran antara kita,ilmu,dan doctor.semua org akan bertungkus lumus untuk itu betul tak?,bagus la..jgn jadi mcm sesetngh org yg hanye akan belajar pada mlm exam sahaja.bg aku memang betul ilmu itu penting tapi dengn peperiksaan ni lah yg akan mengukur kejuhudan(usaha kita) selama ini.bg anap,zarip,dan kawan2 lain yg balik tu kan.ketahui la belaja mase musim panas ni best.hahaha.ko dok la cni lame lagi.hahaha.

musim ni aku telah diamanah kan oleh ALLAH untuk mempelajari 3 ilmu.(aku tngh serius)huhuhu.madah tersebut ialah:

usul dakwah:

madah ini membawa kita semua kepada satu ilmu berkenaan dengn cara2 untuk kita berdakwah dengn betul.bnyk org pada hari ni mahu menyebar islam tapi adakah meraka tahu tanpa ilmu berkenaan cara2 dakwah yg betul semua nye akan membuat org yg didakwah menolak dakwah tersebut.madah ini sepatut naye di pelajari oleh semua budak tak kira adap ke,usul ke ape ke,sbb klu kite tangk bnyk gak bdk2 yg syadid dari fakulti adap.huhuhu.mcm kueh kaswi aku tu..madah aku ni di ajar oleh seorg doctor yg bergitu syadid n sentiase bersemngt.name beliau doctor syarif Khotib.semoga ALLAH membantu kami yg mengmbil madah ini.samada dari segi markah n ilmu.

*bg budak2 baru yg nak berdakwah atau nak jadi syadid tu sila2 la belajar madah ni.agar apa yg koraang dakwah kan berjaya

Muamalat maliah 2:

Madah ni menceritakan kepada kita tentang system muamalat atau jual beli yg terdapat dlm islam.klu kita lihat dlm dunia sekrg ni kan.kita bnyk menyebut pasal system ekonomi tau mumalat org asing tapi org asing tidak penah nak sebut pasal system kita.dengn ilmu ni kita mampu membezakan antara system yg benar n salah.

Bahasa spain:

Madah ni aku nak amik sbb nak naikkan pointer aku je.dlm kelas ni ade la kawan2 aku yg lain mcm name raziin,dia ni asyik dok tngk dokter je.sbb dok aku ni pompuan yg comel.asyik pk nak kawin ngn dia je.klu aku,deko ,superbad setiap pagi kene berjihad untuk bngun awal la untuk g kelas ni.

Moga2 semua madah ini akan membawa aku ke darjat pointer yg tinggi.doa2kan bersama.

kebudak2 kan VS kematangan


Salam,

Mlm ni aku nak cerita kat korg tentang pergaduhan antara aku ngn seorg bdk ni ,ustzh kafa(bkn name sebenar)aku panggil dia mcm tu sbb dia ni kan memang mcm ustzh kafa aku dulu la.muke cun dah & lawa.aku pun minat tapi dia ni serius mcm ustz2 kat sekolah kafa aku tu.

Pada malam tu aku telah dituduh atau di fitnah(mcm fahri dalam cite ayat2 cinta) dengn satu tuduhan dari ustzh kafa ni.dia ckp aku ni mcm budak2 tau.dia ckp mcm tu sbb dia tngk keadaan zahir aku ni kot..jadi aku pun menolak balik tuduhan tu.sbb aku ni bkn mcm budak2 la.aku ni dah tua n berfikiran matang tau.wah!.bak kate mary jane .”walaupun kita ni mcm bdk2 tapi pemikiran kita tetap kene matang” bg ustzh kafa ni tidak.dia tetap mengatakan yg aku ni bdk2 n cute(betul tau dia ckp sendiri tau,tak tipu) nak suruh aku sumpah pun boleh.hahahaha

Pada mase yg same aku cube la mintak kat dia supaya dia cube untk jadi mcm budak2.supaya dia merasa kan bagaimane klu kita ni bergelagak mcm budak.best tau.daripada jadi matang je(serius je) tak letih ke?.kite ni kene la happy je betul tak?.dia pulak bg alasan ,yg kita ni kene jadi serius pada tempat yg betul n tak serius pada satu tempat yg lain.aku pun terima la kang tak pasal2 aku kene marah lagi kan.ape2 pun di tetap ngn hal dia n aku masih seronok ngn hal aku.aku harap2 sangt klu dia dapat merase kan best nye jadi mcm budak2 ni.

Ape yg aku dpt dari dia ni.klu fitrah kita memang suke kan perangai mcm budak2,buat je.janji jgn nak susah kan org.dan kene ingt hanye perangai je budak2 tapi pemikiran kita kene sentiasa matang.bnyk org yg mcm budak2 zahir nye tapi matang pada dlaman nye.kadang2 ramai yg matang pada zahir nye tapi kebdk2 kan dlm berfikir renung2 kan la.

Ok le..aku nak exam esok doa2kan aku n sahabat2 yg lain..

Adios…….



pic - yg panda tu mewakili (kebudak2 kan) n rimau tu mewakili(kematangan ustzh kafa)

sindarela ep26



(benda ni aku amik dari cik iman blog )hahaha


Dalam hidup cinta boleh datang dan pergi
ketawa kerananya
senyum kerananya
menangis semahunya
sakit

Bermula dengan persahabatan
segelintir pula cuma sedar bila ia hilang
semata-mata untuk rasa dihargai
ada yang percaya cintanya untuk selamanya

for some of us
finally we realized that life is not a fairytale
we need to start over

demi sebuah impian
tak salah untuk kita berkorban
bila mana hati kita rapuh
menghadapi realiti
nangis...
nangis semahunya
tapi jangan biarkn hati kita terus rebah

sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
kita tetap tak boleh buat penilaian

in life
we have to learn to let go
and keep on moving
the more you wait
the more time you missed

bermula dengan hati, angan dan mimpi
sebesar mana pun kedudukan kita
segagah prinsip
mampu goyah
because of love
because we are human beings

mudah lemas bila cintanya lemah
kita harus kuatkan hati
percaya naluri
just admit it!
lafazkan cintaku mahukan dia.....


dalam kehidupan kita
cinta tak semestinya bersatu
terutamanya cinta pertama




"cinta tidak semestinya bersatu"

sakit & kek

Salam

Belum sempat air liur basi aku jatuh ke tilam umah kawan aku mlm tadi,perut aku dah mule meragam,perut aku sakit gile,berdenyut2 mcm ade baby lak dlm tu.tapi aku ni lelaki sejati tau mesti bukan baby kan.sakit sangt2.dlm otak aku mase tu(mase tu masih lagi mamai la kan) aku pk ade anak tikus masuk dlm perut aku melalui mulut,aku dah mule cuak.aku cube tukar sisi aku tido.tak boleh gak.dah bnyk gaye aku wat.ngn gaye siput,mentadak,harimau.n menatang2 lain la.tak boleh gak.sampai la ke subuh.tak elok2 gak sakit aku.aku pun amik keputusan balik kat umah ngn cepat.sambil terbongkok2 mcm ulat gonggok aku pun balik la umah.

Sampai je kat umah,aku terus baring atas katil,tak kan atas dapur lak.bukan tak boleh cume tak sesuai la..hu3.aku cube untk berkawan baik ngn sakit aku ni.care dia.aku amati atau layan sakit ni dengn baik.klu dia nak sakit atau berdenyut je.aku tarik nafas slow2.tapi sakit aku ni degil,mcm akhowat yg tak mahukan ikhtilad walaupun pade satu ketika ikhtilad itu diperlukan.wah! ade mase gak nak kutuk tu kan.hahaha3.aku pun cube pk aku mkn ape semalam.bile pk2 balik.semalam aku ade mkan mee dlm satu program.dan mee tu lak akhowat yg masak.aku terus ikutkan kate hati(mcm tajuk cite tu la “ape kate hati”lakonan raja farah,farid kamil,awal,dynaz n lain2)wah2.ke ctu lak aku.kate hati aku ckp ni mesti akhowat salah mask ni.tapi klu dia org salah masak.mesti semua org sakit gak kan.kate hati aku berckp lagi(mcm tajuk lagu “kate hati” nyanian jac bg lagu tema cite “ape kata hati” hai tersasul lagi.hati aku ckp ni mesti keje musuh2 aku,dia doakan klu aku mkn terus sakit.hihii.

Tpi bile otak aku kembali insaf.aku mulai sedar yg sakit ni dtg ada sbb nye.mungkin nak mengajar aku,atau nak menunjuk kan yg seorg hamba itu sangt la lemah.dan kite perlu memohon kesihatan dari tuhan yg maha kaya,yakni ALLAH.

Korg nak tau tak,rupe2 nye sbb aku sakit perut,aku tak makan 3 hari.aku mkn roti bulat tu je.aku tak mkn nasik.sku tau sbb sakit aku tu.lepas aku makn nasik goreng mamak pagi tu.baru hilang ckit.tapi ade je ckit lagi sakit tu.ape2 pun alhamdulillah la.tak sakit sangt dah.mase tu ade kwn aku ni.name dia MARY JANE (bukan name sebenr)dia ckp klu sakit kat perut kite urut betis.yeke?aku pun tak tau la ilmu mase dia dpt.mungkin betul kot.hihihi

Tngh hari nye aku pergi ke satu tempat tu.kat sane aku pergi berjumpe ngn mary jane n FAFAU(bukan name sebenr)kat ctu aku telah di pakse secara kasar nye untuk membelanje dia org.hahaha.aku pun belanja la.tapi memang aku kene belanje pun.baru la tampak kelakian aku kan.hahaha.tapi aku belanja je yg bayar nye fafau gak.mase kite org dok2 sambil bincang pasal perniagaan jual kapal terbang ke mas atau air asia.dia org ni buat aku terkejut.sbb bersama2 ngn dia org ni satu benda bulat yg hitam,keras tapi di kelilingi ngn cecair berkilat dalam satu bekas.aku ingtkan bom ke,periuk api ke,tenggiling ke,rupe2 nye kek coklat.aku pun lega la.kek tu dibuat khas oleh mary jane.walaupun senget2 kek tu tapi sedap la.lembut n manis mcm tuan dia.hahaha perasan la tu.terima kasih sangt2 kat dia dua org yg buatkan kek untuk aku.walaupun aku ni bnyk perli2 dia org tapi bersahabat ngn dia org best tau.dia org tak marah pun.(depan aku la)dia cool je.

Semoga persahabatn kita semua akan dijaga oleh ALLAH.

salam



*fafau,dia seorg pekerja aku.aku tak nk panggil dia pekerja aku tapi dia merayu2 kat aku,klu tak panggil dia pekerja.dia kan berhenti belajar,aku yg lemah lembut bagaikan izwan pilus ketika menyanyikan lagu hai2 bye2(yeke lagu dia)aku pun terima la.tapi dia ni watak baru ckit la dlm hidup aku.bnyk menolong n membantu aku.aku harap dia akan mendapat kebaikan n kebahagian dari ALLAH.

*mary jane,watak ni akan aku ceritakan secara panjang nnt.hihihi3



pic 1-aku tengah tahan sakit

pic 2-gamabr benda hitam yg aku ckp kan tu

pic3-aku ngn kek tu hi3.sape la yg tangkap gambr tu kan???