agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

Archive for July 2008

aku,kelas & exam


Salam,

malam ni aku kene study lebih ckit tau.sbb aku nak kene amik 2 pekse hari khamis ni.aku rase mcm boring je.tau2 je la klu membace buku tu,memang mletih kan.klu chat ngn awek ke?tngk cite ke?ape ke?best je.tak ngntuk2 pun.tu la dia mate kan.klu nak marah pun tak boleh.kne marah tuan dia la.sape tuan punye badan.aku la sape lagi.huhuhu.mlm ni aku nak tunjukkan kat korg dewan @ kelas aku.aku klu belaja kat jamiah(university) kat dalam kelas ni la.keadaan kelas aku memang pelik tau.dlm kelas tu hanye ade satu je kipas.khas untuk doc je.kite org ni kene la bersabar je.klu kene dok sbelah arab2 yg ketiak dia mcm baru ikan kering tu.pandai2 la amik oksigen yg berjauhan ckit.hahahaha.tapi mcm mane pun tu tetap kelas aku menuntut ilmu.aku tinggal satu sem je lagi InsyALLAH aku akan meninggal kan kelas ni awl tahun depan.harap2 cepat la..hihihi.aku harap korg boleh doakan aku supaya aku dpt balik ke Malaysia cepat ckit.tak saba dah aku nak mkn cendol kat jln antara rembau ke seremban tu,laut perut lembu,durian,n lain2 lagi la.kelas aku ni kan boleh mengisi seramai 70 org pelajar je.klu lebih tu pandai2 la cari kerusi sendiri.selalu nye cukup2 je pelajar dia.madah yg aku akan pekse ni adalah.1)spain 2)uslub dakwah.satu tu ok je kot.madah (sabjek) bahasa cume satu lagi tu ,sbb dok yg madah uslub dakwah tu.dia suke wat soalan kbkk(maksud kbkk pun aku tak tau)dengr org ckp je.hihihihi….ape2 hal pun korg doakn aku ok.lepas pekse nnt aku akan cite kat korg satu kisah paling best dlm hidup aku tahun ni kot.antara aku,mary jane(watak baru) & rose.kisah cinta beb.tapi lepas pekse la.mane boleh cintan2 mase nak pekse ni.kang tak pasal2 aku kene makan syawarma kat Jordan ni setahun lagi.hahahaha

Ok doakan aku.jumpe lagi di kisah cinta “Aku,mary jane & rose”

mesyuarat agungku ke-3


Salam

aku baru je abis mesyuarat agung semalam tau.mulai sekrg aku dah tak mempunyai ape2 jawatan dlm persatuan .aku di ibarat kan bagaikan mahadir muhammad selepas meletakkan jawatn nya.tapi ape yg penting aku masih lagi ahli prisma(name persatuan aku)aku kene setia ngn persatuan ni.sbb bnyk membantu aku tau.semalam mase mesyuarat tu aku boring gile sbb dah la tak ramai ckit je.aku rase rombongn cik kiah ke KL lagi ramai.tapi nk wat mcm mane kan dah syabab (bdk2 lelaki) payah nak bngn pagi2 ni.sape suruh buat majlis pagi2 buta.padahal tak slaah pun persatuan tu tapi memang syabab mcm tu la..pagi2 ni memang payah nak bngun.nak buat mcm mane kan.syabb ni bile mlm dia kan segar je.klu siang ni tak berape sangt la..sbb darah kita org ni ade bercampur ngn darah kelawar kot.tak pun keluang man.

Tapi kan pada hari mesyuarat tu.aku ingtkan syabab je ade darah keluang man@kelawar .rupe2 nye akhowat(pelajar pompuan) pun ade gak darah keluangman ni.dia org pun bngn lewat gak tau.tapi kak naema(bkn name sebnr tau)dia tegaskan la yg akhowt ni buat keje la ape la..akk naema ,aku bg name naema ni sbb dia kate aku ni butang.padahal satu Malaya dah ckp yg aku ni mirip2 ngn tengku husin.aku dah puas menolak nye tapi aku ni insane lemah yg tak dpt menolak kate2 mulut manusia yg sering kali menyamakan aku dengn watak tengku husin tu.huhuhu

Mase mesyuart tu kan,aku dah kene dok atas pentas tau.aku dtg lewat ckit sbb aku g membuta kat surau .aku mengntuk sangt la.sbb mlm tu aku tak tido ,asyik dok tngk lakonan aku menjadi tak dlm filem sindarela tu.hahaha.bile aku naik je pentas tu.aku dok sbelah kueh kaswi.aku tngk dia makin cun la.muke dia yg dulu mcm bulan yg kene letupan perang dunia kedua tu dah berubah menjadi cute n licin la.tapi aku tetap sombongkan diri.kang nampak lak aku terhegeh2.aku kene setia kat rose aku la..

Mase mesyuarat tu.kan YPDAH(ketua siswai)dia nak bg aku resit tau.pas tu aku tnye la resit ni dah menandakan kite org bayar ke atau nak kene bayar.aku pun tolol gak g tanye mcm tu kan.korg tau tak dia ckp ape.”abg hensem klu belom byr tak la ade resit” dengn muke dia yg muncung mcm itik tu dia tunjukkan kat aku.aku mule bengang la.nak je aku lempang muke dia sekuat2 hati sampai dia terpelanting kat celah kerusi bawah pentas tu.alangkah buruk nye kan klu dia terselit kat bawah kerusi tu.hahahaha.tapi aku tak wat pun.aku cume senyum je..menandakan yg aku ni mcm sedang memandang Julia banos.mesti dia persan kan.kan2?

Memandang kan kwn2 kau kat bawah tu asyik menyalahkan persatuan je.aku pun mulai nak g join.sbb klu aku join nnt.tahun depan dalm buku laporan ade name aku sabagai org yg bertnye.jadi aku pun g la bawah n join dia org.

Aku abis program petang tu tau.yg sedap nye program ni.mknan n air tembikai dia.ade ustzah tu.sampai mandi2 ngn air tembikai tu.huhuhu.nasib baik tak buat pesta bueh je ngn air tembikai tu.hahahhaa.

Ok la .aku pun dah penat menulis blog ni.sape yg bace sampai abis tu mekasih la..yg penting aku dah free.aku nak tumpu kan pada pelajaran n hubungn kekasih hati.hahahaa

Doakan aku…..

biadata seorang kekasih

“MAULID AL-RASUL SAW”
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ’Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ****** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

sindarela oi!!

salam

Mlm ni aku sekali lagi tak membace buku pelajaran aku.aku pun tak tau kenepe?mls ke?ngantuk ke?boring ke?tapi ape yg aku rase aku mcm dia awang-awangn je.

sebenr nye aku baru je tngk cite sindarela.korg mesti tak tau kan aku ni nampak je mcm macho (bukan perasan tapi ade org ckp aku mcm tu)hahhaha.tapi cite yg paling ku minat ialah cite melayu tau.tak kesah la cite tu cite carekarama ke?movie ke? ape ke?yg penting cite melayu.layan gile cite tu beb.mule2 aku ni tak nak tngk cite tu tapi mak long aku surh aku tngk jadi aku pun tngk la.memang best la cite tu. Mase aku tulis blog ni aku baru je tngk sampai episode 15.nak satu hari aku layan dah ni.dah la exam minggu depan.hai aku ni.tu la dia klu org belajar.mase dekat2 ngn pekse ni lah bnyk je cite baru tau.klu mase cuti dulu tak nak lak dia keluar.hahhahhaa.tak kesah la esok aku janji ngn diri aku yg aku akan bace buku.ini janji aku.ala mcm janji Diana jugak la..hhahaha.

tapi bile aku tngk je cite tu kan aku mula la berangn tau.yg aku ni mcm husin la..awek aku mcm zeola la..biase la klu hati manusia tu ade sifat2 jiwang kan.cume awek aku tu tak la tomboy mcm zeola tu.dia pakai jubah gitu.klu aku lak memang tak same la ngn husin tu.sbb dia tu kurus n badan berketul2.sedang aku ni buka la agemuk …tapi…(ade lagi tapi tu) bile la tapi tu nak hilang kan.huhuhuhu.

dalm cite tu watak yg aku paling menyampah ade dua org.satu si “ayu” dia tu memang B***H la..geram aku..jgn la aku dpt awek mcm tu.mintak jauh sangt2 la.sbb org mcm tu bg aku tak da gune dok kat dunia ni.sbb dia tak tau menilai erti cinta sebenr nye.(wah jiwang gak aku ni ye)huhuhuhu.klu setia kene la setia jgn nak main kayu tiga.dari main kayu tiga baik main konda kondi ke?ade gak faedah nye.

tapi bile tersebut pasal konda kondi kan.aku teringt tau.konda kondi klu di main oleh kite pada usia remaje ni mesti best kan.klu dapat main konda kondi ngn ustzah2 jordan lagi best.tapi tu semua mustahil.sbb jgn kan konda kondi.nak jumpe bincang pasal keje pun dia kan menghadp ke dinding bile berckp.apesal aku cite pasal konda kondi lak ni.hahahaha.ayu tu memang B***H la..watak kedua.makcik @mak tiri zeola.dia tu pun mcm siot gak.aku geram betul tngk muke dia la..geram gile2. klu aku jadi zeola dlm cite tu.aku nak suruh dia hidup merana la..biar dia jadi mcm dalam cite2 org putih tu.kita kurung dia dalam bilik pas tu kita letak tikus bnyk2.tak pon kan.kite letak dia dalm bilk,pas tu kita tak payah bg dia mkn seminggu.selepas seminggu kita sedia kan kat dia seekor biyawak panggang,mesti dia makn gak.hahahhaa.

Ok2 la aku nak sambung tngk cite tu la..harap2 cepat la aku abis tngk cite ni.huhuhuhu

Ok ye caiyok2

aku VS kueh kaswi


Salam

Hari ni hari jumaat,penghulu segala hari,seperti mana hadis yg diriwayat kan oleh para sahabat,dan hari jumaat ini lah akan berlaku nya khiamat y amat dahsyad.dan ketika itu semua org akan gelabah bkn lagi mcm labah2 tapi memang gelabah betul2 la.sampai seorg ibu yg sayangkan anak nya pun,akan mencampakkan anak tersebut ke bawah untuk menyelamatkan diri sendiri(tapi klu kite tngk zamn ekarg pun dah ade yg campak2 ni kan)tu semua tanda2 hari dah nak khimat la tu,mcm tajuk cite indon tu.”khiamat sudah dekat”sedap gak cite tu,sbb awek dia tu solehah n lawa.klu semua pelajar2 kat cni mcm tu kan best.lawa,baik,tak la syadid sangt n lain2 la..huhuhu.tapi tu semua adalah satu pengharapan yg sia2.sbb klu dia org jadi mcm tu pun bkn dia org nak minat kat aku.tau2 je la…hahhahaha.

Hari ni tadi aku baru je menghabis kan satu meeting dengn barisan majlis tertinggi persatuan universiti aku,kat dlam meeting kite org mengimbas kembali pasal perjalanan persatuan yg telah setahun lebih kami pegang.semua nye nampak ok je.walau bnyk kekurangn tapi biase la..semua org tak sempurna kan.klu nak sepurna nyani la lagu “sempurna” nyanyian juwito ke?lupe aku name bdk tu indon tu.

Tapi hari ni aku bagaikan datuk anwar yg sedang berdebat dengn sabri cik tau.mase membahaskan pasal biro aku tu,presiden meminta kat aku untuk membentangkan masalah2 biro jadi aku pun cite la ckit.mase tu aku pun mintak la maaf kat semua org .baik kan.aku ni memang mulut jaht tapi hati baik beb.huhuhuhu.tapi klu korg nak tau kueh kaswi hari ni telah menyerang aku secara pribadi.dia asyik nak tegur pasal hal2 pribadi aku,aku tau la aku ni bukn kwn dia lagi dah.tapi kueh kaswi kene ingt.aku tak usik pun dia.memang tak boleh usik pun.kang tak pasal aku kene kawin lak ngn dia.tak nak aku.dia pun tak nak gak rase nye.sbb sape yg nak kat dia tu.ahhhh mals aku nak kutuk2 dia.cume aku geram la..ade ke serang hal pribadi aku.aku pun redha la kang klu kita belawn pun tak kan berakhir nye.sbb dia tu bnyk bekup.kang sampai gune ayah dia balik kang.hahaha.cume aku tekilan la,tak terkeluar pun dari mulut dia yg dia ni bersalah ke,ape ke,tu la dia klu dah sombong menguasai diri.mintak maaf pun payah.mcm nak keluarkan mutiara lak klu nak mintak maaf.tapi klu mintak maaf kat org2 yg siqoh tu,mcm air liur basi je keluar dia.laju je keluar bile dah mule tido.sampai basah2 bantal .hahahaha.

Tak kesah la..janji aku dah bebas dari semua jwatan2 ni.aku nak tumpu pada hidp enjoy aku kat cni.tapi bnyk pengalaman yg boleh kita dpt dari persatuan ni tau.untuk mnjadi pemimpin la..biase la aku kan akan jadi pemimpin satu hari nnt.klu korg jumpe aku dlm TV sok ,jgn lak terkejut macam beruk jumpe lori yg sedang membawa pisang setan.aku penah bercita2 nak jadi menteri besar N9.huhuhuhuhu.walaupun mcm mustahil tapi masih boleh di usahakan tau.

Ok la aku nak g bundle lak ni..nak cari brg ckit lagi..

salam

kisah pedoman(antara hakikat dan penipuan)

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh
mana
syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan

orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang
lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubill ah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan

bomoh handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir
setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

bomoh itu mendengar dengan
teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan
handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok
bomoh
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai
sekitarnya
pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'

saya menjawab: tidak. saya hanya.......

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si
polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan.
saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan
beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh
tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka,
anak
perlu bawa barang-brang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir
terhadap
si polan tadi.

'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai
sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup

saya ingat...

'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan

ini?' tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC......

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya
menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil
di
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan
akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya
tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan
bomoh
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan
perniagaan
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya

mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan

lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak
digunakan
dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan
amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai
ada
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakba r!

raja & pegawai2 nya(petikan 5 dari blog friendster)


Salam…..

Aku tak dapat nak tido la mlm ni.jadi aku pun menulis la blog aku yg pening ni.kali ni aku nak cerita kat korang semua tentang sebuah Negara yg baru je dijumpai oleh seorg ahli pelayaran ,klu tak percaya bukak surat kabar berita harian tanggal bila tah aku pun lupe dah…ok2 aku nak mule cita dah ni…

Negara ini adalah sebuah Negara yg di perintah oleh seorg raja yg org kate dia ni tak la gemuk tapi…(ade jugak tapi tu) dia berisi ckit je..dalam Negara ni bnyk sangt watak2 baru tau..negara ini pembekal daging kambing terbesar di dunia(mase dulu la..)ini kerana raja nya mempunyai bnyk pekerja2 yg bagus.dalam dunia ini mereka mendapat tempat ke dua terbaik dalam persaingan perniagaan,yang no satu tu.klu tak silap di pegang oleh ahli2 sihir yg menjual air ape tah lupe lak name dia.sape2 yg minum air ini dia akan mendpat awek atau pakwe yg ramai kerana air tu telah di ludah oleh sepuluh lelaki2 yg hensem dan macho.klu tak silap raja Negara penjual kambing pun di minta untuk mengeluarkan ludah nye..(tak tau la kenape)hahahaha

Kembali pada Negara ni balik..

Negara ni ade bnyak pekerja (seperti ayat kat atas) skema gile kan. oleh itu pelayar pun cube menyenaraikan pekerja yg berada di negara tersebut...

1)mak long

Dia ni di panggil mak long sebb raja kat negara tu menggosipkan dia dengn pak long(bukan encik sulaiman tau).mak long ni kan ade keturunan syarifah aini ckit tau sbb dia ni bnyk tahi lalat,klu nak di ikut kan solat dia ni tak berape sah la..sebb ade tahi ..lawak je.dia ni memegang jawatan bendahari .bab duit ni bg la kat dia.walau dia ni mude dari raja tu tapi klu tngk gaya dia(sebelom kenal rapat2 la) memang mcm mak cik2 yag dah ade 7 org anak ke atas la (bg yang subur) .tapi klu dah kenal rapat mcm remaja2 biase la( tambah jiwang ckit)..dia ni banyk gak pegang rahsia raja tau.nasib baik dia ni amanah gak la..dengr cite dia sekrg ni tngh di pikat oleh satu kumbang yg au2 ckit.hahahaha

2)pak long

Dia di panggil pak long sbb memang dah lame org panggil dia mcm tu.dia ni serius ckit dalam buat keje.jgn silap langkah tau.nnt dia selit kan kepala ko.dia ade ilmu pertahanan diri ckit la..sebenr nye raja pun ade ilmu tu gak tapi raja ni tak boleh la lincah mcm dia.dia ni kurus..boleh la laju2.yg pelik dia ni.dia ade satu penyakit.kepala dia ngn kopiah merah tu telah bercantum.memang tak boleh nak cabut kan.dengr cite klu kita cabut bulu2 yg ade atas kopiah merah tu kan.nnt dia akan rase mcm rambut dia tercabut. Dia ni memegang jawatan datuk laksamana..

3)kiko

Dia ni aku tak payah cite la sbb aku dah sebut dulu.yg pelik nya dia ni tiba2 je ade kat dalam negara tu.dia ni kwn baik raja sebenr nye.hilang jugak la sunyi raje tu bile dia de kat negara tu.klu korg nak tau sebenrnye mase pemilihan bg sape nak di tabalkan jadi raje .raje yg sekrg ni dah pakat ngn kiko ni supaya naik kan name dia,sbb dia ade misi tersendiri.jadi dengn rase rendah diri(memang rendah pun kan)dia pun ikut la..antara punca raja itu ditabalkan adalah dia la..tapi yg hakikat sebenar nye raja tu memang layak pun.huhuhu(maaf tuanku terlebih puji lak)dia ni memegang jawatan kemanusian dalam negara.walaupun dia ni kurng ckit kemanusian nye.sbb kecik sangt.huhuhu.

4)memerang licin

Tu bukan name dia tapi gelaran .sbb aku puas pk ape nak letak gelaran dia.memerang licin dekat2 ngn name dia la..muke dia pun tak la licin sangt tapi boleh la licin ckit klu kite gune kulit memerang untuk menggosok kan muke dia.(aku dah mule mengarut ni)ok2.dia ni baik sangt tau.tapi kadang2 bile naik gile dia tu..hanye kwn lame dia je(mak long ) yg boleh setel kan dia.org lain jgn la..dngr2 cite dia ni ade hati kat dua org bidadari.tapi tak tau nak pilih mane satu.moga2 dia dapat buat pilihan yg betul la..tapi klu boleh pilih la yg tak kene mengena ngn raja kan.mane tau raje minat dia pun minat.kene buang negara la nnt.dia ni memegang jawatan bendahara (penolong mak long).satu lagi dia ni sokmo gaduh ngn mak long.mcm anjing n kucing.(pandai2 la pilih sape anjing n sape kucing tu.)hahahahaha

5)puteri nipis

Dia ni dinamakan sebagai puteri nipis kerana klu korg tngk dia ni nipis je..tapi dia ok senyp n tawaduk je.siqoh la kate kan tapi tak la sangt klu korg kenal dia ni tau la..hu3.mase dalam negara ni kan dia ni la yg selalu sakit n penig2 je.tak tau la..mungkin kerana badan dia yg nipis tu telah mengalami sistem pembasaran yg tak sepatut nye kot.doakan2 la bg dia jadi tebal ckit kan.dia ni memegang jawatan biro penerangan(dalam bahase lame nye aku tak la..)hahhaha

6)doralin

Ni sorang la wanita yg terdapt kat negara tu.dia ni di gelar doralin sbb suara dia.klu korang dngr kan memang mcm suara ipin n upin tau.raja sangt menyukai suare nye.suare dia ni kecik sangt ala org yg nak nangis bile dapat tahu pakwe dia mati xsiden dengn lori sampah.betul tau.aku tak tipu dia ni memang ade suara yg unic.raja sekrg ni nak sangt mendngr suara dia lagi klu boleh nak recod n jadi kan ringtone masej HP dia.dia ni memegang jawatan penerangn hal ehawal negara.klu dia nak panggil tentera tak payah gune serombong tau.cukup dia jerit je...hi3

7)si comel

Dia ni pun di bg name si comel sbb dia ni memang comel sangt2.dia ni klu nak di ikut kan ketinggian nye memang tak tinggi la dlm bahase yg kurang sopan nye.pendek.tapi dia ni cute la..badan dia mungkin atas dari 50 kg kot.hu3.aku teke je.comel sangt2.dia ngn doralin klu buat keje tu mesti nak tergelak je.bnyk betul main2 .tapi doralin n si comel ni bnyk buat hati raja happy.sbb raja merasa kan bile dekat ngn dia org ni,rase mcm masuk taska abim je.hahahahha.si comel memegang jawatan penerangn gak.tapi korg jgn terkejut tau.dia ni petah bercakap2.nasib baik dia ni dari golongn ninja2 gak.klu tak basah la bdk yg dok depan dia.hu3

8)p.ramlee

Dia ni digelar p.ramlee sbb klu korg tngk dia ni kan memang ade gaye mcm tu tau.dengn pakaian dia,care dia.klu menyanyi tu mcm sebiji je.cube korg tngk p.ramlee klu menyanyi,kan tangn dia akan lembek je.mcm tu jugakla dia ni.tapi korg jgn silap lak dia ni kan memang tak takut dlm berckp la.sebb tu la raja negara tu bg dia jawatn penerangn.sdap gile klu dia bersyarah tau.dia ni seng je nak berkeje ngn dia.ikut je ckp raje tu.lagi satu bile raja dok ngn dia kan.raje akan terasa mcm lelaki sejati pun ade.hahaha.sekrg ni aku dngr cite dia ni tngh cube mengayat mak long tau.tak tau la..mak long tu penah je mengumpat ngn raja pasal budk2 yg patah tulang di lengan ni.tngk2 mak long pulak suke nnt kat dia,abis la pak long .ha3

(selingan )

Mase aku tulis blog ni kan aku tngh dengr lagu-miai-ingat kamu- lagu ni mcm best lak walaupun suara dia sengau2 je.huhuhuhu.klu korg nak tau gak ni ade berita gembira bg aku n org yg nak sedekah kan aku eluar bersaiz 32.aku dah mule kurus.kwn aku hang jebat(bukan name sebenar)dia yg asyik gaduh2 ngn aku tu pun dah mule memuji aku.dia kate aku kurus tapi dia tak ckp depan aku la..dia ckp kat kwn2 aku.huhuhu.mentang2 la dia ni dah besar gile hahahaa.tak baik kutuk org ma..dose2 dah2

Sambungn...

Raja amat berbangga dengn dia org semua ni tau,mereka semua ni amat berkerjasama.walau ade gaduh2 ckit tu biase la..sbb dlm perbincang untuk mendpatkan keputusan yg baik mesti ade pergaduhan ckit kan.tapi best sangt ade dia org ni.sebenar nye aku nak cite tu je kat korang.sbb aku nak kenal kan kat korang watak2 baru dlm hidup aku.semua kat atas tu watak2 baru dlm hidup aku.cume kiko je lame sbb sebelom ni aku penah cite pasal dia.betul tak?huhuhu.

ok la nnt kite cerita lagi ok....salam

aku,kehidupan & kotak kargo(petikan 4 dari blog friendster)

Salam

Hari ni aku dlm keletihan gile.dah la aku balik dai jamiah tadi letih.hari ni aku ponteng dari satu kuliah sbb aku poning ckit la.mule2 tu nak gak g kelas tu tapi si deko ni mengajak aku balik dengn satu hrapan yg dia akan membelanja aku mkn.tapi semua itu satu penipuan bagaikan penipuan ahli parlimen kepada org bawahan nya.tapi aku tak la bawah dari dia sbb aku ni mempunyai ketinggian 175 cm sedangkan deko tu ad la bawah bahu aku ckit.huhuhu.

Lepas je balik dari jamiah aku pun layan la YM secebis dua.pas tu aku pun mula la melayan mimpi2 yg best kat dalm tido.lame gile aku tido.dari pukul 11-4 petng.zohor aku pun dekat2 nak abis dah.klu abis waktu tu.aku dah di kira berdose tau.dah la aku ni jaarang2 buat dose.ahhahaha.(padahal bnyk gile)huhhu.

Bagun2 je aku aku mulai lapar.biase la org2 yg bersaiz mcm aku ni mesti lapar punye bile bngun.tu klu aku.klu badan org lebih besar dari aku.bukn je lepas bngun.sebelom n dalam tido pun boleh makan.biase la klu dah perut tu mcm pakai baju masuk dalam kan.mesti la lemak terlebih ckit kan.hahahaha.

Aku pun menerkam(secara ganas) ke si deko dengn terkaman yg tak la kuat sangt.sbb klu nak terkam mesti ade kuku yg tajam mcm Julia banos dalam cite gile2 pengantin remaja tu.tapi aku punye kuku pendek kan.pembersih la kate kan.hahahha.aku pun menyuruh sideko menunaikan janji2 manis nye.lalu dengn rase gerun dia pun mematuhi perintah aku.aku bagaikan harimau yg sedang menakut- nakutkan se ekor anak ayam yg pendek,kecik,boroi n sedang terkencing ketakutan.

Jadi kite org pun g la mkn kat restoren madinah name dia.yg pegi ,aku ,superbad,deko.dah ahli umah aku tinggal ni je.tak

kan

nak ajak pak cik n mak cik kat sebelah umah g gak kan.klu mcm tu tokey balak jual tisu.sbb pokai.

Sesi mlm nye lak.aku mule la nak bekerja.sbb nak keluarkan peluh jantan aku ni.mesti la jantan kan.tak

kan

nak keluar peluh betina lak.tapi klu tak silap peluh jantan lagi wangi dari peluh betina tau.tak tau la..tu bdk2 ni ckp la..aku tak ckp ,aku tulis je.

Mlm tu aku pun mulai bekerja untuk membalot kotak.kotak ni di gunakan untuk menghantar barang2 aku kat

Jordan

ni ke Malaysia.mcm bnyk je brg aku ni.tapi dah dua kotak aku balut.pastu letih kan.aku pun dok2 la menulis blog ni.aku masuk

kan

dalam kotak tu kitab2 aku.korg nak tau tak .kitab2 ni bukan aku bace semua pun tapi biase la,..pelajar2 dari timur tngh kan.kene la bawa kitab bnyk balik ckit biar lawa ckit dindng umah mak ayah kita tu nnt,.nampak mcm alim je kan.tapi ok la jugak dari dinding umah kite tu diletak kan gamabr ct n datuk k kan.ape yg aku geram nye.harga satu kotak ni.mahal gile.dah la mahal org yg bg harge mahal tu pun gile gak.hai pening2 aku di buat nye.satu kotak nak seratus lak tu.pas tu kene tambah lagi seratus untuk kos penghantaran.memang B***H betul la….mentang2 la dia je yg buat benda ni.klu aku ade kereta kebal ,aku nak je letak kan hujung muncung penembak dia kat lubang hidung dia.biar luas ckit.tapi tak payah kot.gune kereta kebal.gune lipas je.kite bela lipas dalm seribu..pastu kite kurung bdk tu dlm bilik n kite lepas

kan

lipas tu kat dia.hahahahaha.mesti dia troma ngn lips lepas ni.pantang jumpe lipas tu mesti dia akan terencat.(aku dlm keadaan geram ni)nasib tak jadi hulk tau.ahahhahaa.

Ape2 pun semoga dia tu pandai2 la jage diri n kawn2.sbb klu buat mcm ni,nnt ALLAH tu adil.dia

kan

bals ikut mane je.aku nak panggil dia dengn nama si bulat.hahahaha.aku ni dah mengumnpat lak.aku nak sambung buat keje la… bye..

cerita di amman (petikan 3 dari blog friendster)






Salam semua bg org2 yg membaca blog aku yg ala2 pening ckit ni.hahahhaa.

Hari ni aku nak cerita kat koraang

kan

pasal aku ,superbad(bukan name sebenar),dan 4 org bidadari yg tak la cun sangt tapi klu bg kat budak yg sedang motong getah tu lawa la jugak.huhuhuhu,

Hari tu

kan

aku ni pergi la ke

amman

untuk membeli kitab agama.osah poyo eh.budak agama la kata kan.niat memang murni la.. nak beli kitab tapi sebenar ade org tu nak berdeting hahahaha.aku ni sebagai sahabat yg paling baik kat Jordan ni secara am nye dan mafrak secara khususnye pun menemani nya.lepas tu g beli kitab kan kite org pun g la jalan2 kat amman yag ketika itu hamper je suhu dia nak jadi mcm neraka fil(neraka bg org tak solat)huhuhuu.,mcm penah rase lak.hihihi.mintak2 jauh la dari neraka kan.sebb sakit siot.semoga kita di jauh kan.amin…eh2 dah jadi ustz lak.ok2.mase jalan2 tu kana de la bidadari sorg ni nak g ke majdi mall(satu mall yg baru bdk2 akhowat tau) tak best pun,tapi dia org nak g gak kan.jadi aku pun bawa la..kat ctu dia org ni pun beli la baju2 yg dia minat tu.aku tngk mcm baju makcik peah baru balik dari pasar tani setiap petang selase je.tapi bagi dio tu lawa la kan.tapi beli la sbb dia memang minat ngn watak makcik peah tu kan.beli dia beli je aku dah nak tergelak tapi malas la..kang org kate aku gile lak.aku pun putus asa je gelak.lepas g beli tu .kite org pun g la mekkah mall.kat ctu kite org makan makanan cina.best gile.sbb makan citu sedap n satu lagi kiko yg belanje aku..kiko tu walau mcm kanak2 tadika yg baru dpat keputusan untuk masuk darjah satu tapi dia baik siot.bile dah kenyang kan.perut aku yg mcm jehan miskin ni pun jadi mcm afdlin syauki la..jadi aku pun mls la nak bawa kete.aku pun pas la kat superbad ni.untuk bawa kete tu.dia pulak tengah gayat nak bawa mcm kanak2 nak mintak abah dia beli

kan

ais krimk,klu ayah dia tak belikan dia akan berak dalm seluar.(maaf menggunakan ayat2 kotor)jadi aku pun bg la dia bawa.dia bawa la dengn belagak nye..mungkin bapak dia penah bayar ckit duit kot mase

Jordan

buat jalan raye dari

amman

ke mafrak.hu3.

Tiba2…

Minyak habis…ape lagi superbad pun gelabah la..mcm labah2.aku pun jadi mcm hero lak mase tu..biase la depan bidadari

kan

..walaupun muke masing2 mase tu mcm minah kilang yg baru abis ke kat kilang sise toksik kat senawang 2.aku pun g la tahan teksi..tau2 je la..klu org yg berbadan taf mcm aku ni..sape la nak berhenti kan.nak kene kiko yg kecik tu gak g tahan.org jantan klu sesame sepises mane nak layan.klu lain je jantina tu pe lagi terangkat la bulu ketiak dia org.dia org pun bawa la aku g petrol pam berdekatan.aku pun isi la minyk dalam botol.pas tu aku pulak tahan kete untuk g kat kete sewa tu.aku naik lori tu..dah mcm superman dah…bile sampai je aku pun masuk

kan

minyak..pas tu aku suruh la bidadari n superbad tolak kete dari belakang aku mcm CEO yg kaya raya yg sedang memakse pekerja2 aku yg negro untuk buat keje.dia org punv tolak la kete tu..muke masing memang dah tak mcm org dah.ade yg mcm tau2 je la

kan

klu dah tak org tu..huhuhuhu.akhir nye kete tu pun elok la…make aku pun sampai la kat mafrak balik.tapi aku seronok sangt sbb sampai..boleh tido sbb aku letih gile tau.huhuhu.kebaikan dalam cite ni.klu korg nak g mane2 betul

kan

niat.hahahahaha wasalaam

watak baru dalam hidup(petikan 2 dari blog friendster)

salam,semua kali ni aku bkn nak cerite ape2 pun cume aku nak korg doakn aku sbb aku nak finalexam ni,takut lak rase nye,aku ni dulu boleh tahan pandainye sekrg ni kau tak tau la,makin malas pulak,doakan aku tau,kan aku penah cite kat korg pasal kueh kaswi ka.saekrg ni dia dah bertambh geng untk membenci aku.watak baru dlm hidup aku,name dia ustzah kampung(bkn name sebenr)dia ni baru je kat tempat aku keje ni,tapi ala2 sombong ckit la..aku ingt kan dia sombong2 ni sorg yg kuat semngt la kan.sbb selalu nye klu org yg sombong2 ni dia mesti tegas n kuat semngt,tapi dia tidak,sbb korang nak tau tak,rupa2 nye dia dah menangis sbb aku sebnyk 2 kali sejak bekerja ngn aku.pertama nye,ade sekali tue aku mintak kat dia duit nak buat progarm,pas tu aku mls la nak bngun kan,aku suruh dia hantr kan duit tu kat aku,ade ke dia menangis sbb aku suruh tue,gile betul la...ustzah kampung ni.geram aku,dah tue semua wanita2 kat cni marah kat aku,padahal benda kecik je,satu lagi mase program berlansung,dia nangis gak sbb ape aku pun tak tau,aku mls nak layan sbb aku ade benda lain lagi nak layan,hu3.aku pangil dia ustzah kampung sbb ape tau,klu korg tngk dia memang sebiji mcm ustzah kampung yg mengajar kat felda,pastu bawa moto petang2.hu3tapi ape yg aku dngr dia ni boleh tahan gak bergaya.tapi bg aku dia tetap ustzah kampung,aku bkn nak kutuk dia tapi aku nak cite je,sbb dia dah termasuk dlm sejarah hidup aku,hahaha.last2 korg nak tau tak ape jadi,muncul la sorg akk ni,kite panggil dia kajol la.(bkn name sebenar)dia la yg nak tlg setel kan kes2 aku ni.aku pun tak tau sejauh mane betul ke tak dia ni,ape2 hal kite tngk la nnt .tetang rose aku tu,dia dah mule baik balik ngn aku,tapi mcm tu la.dia tetap mcm dulu gak,tak pandai gak nak menzahir kan rase syg dia,aku je la yg mcm syok sendiri je.tapi ape2 hal doakn aku untuk final exam ok.salam

GERAM !!!(petikan dari blog friendster)

aku geram gile kali ni..banyk gile masalh dtg secare tibe2..tapi aku rase ok je kot.mungkin ALLAH nak uji aku kot,nak suruh aku berubah..masalah yg paling aku geram adelah ,korag tau kan aku ni ada penolong name dia kueh kaswi(bukan name sebenar)..dia buat hal ngn aku lak..lagi pun memang aku salah kot,aku g edit gambr dia.tapi relex la..aku dah mintak maaf dah pun.tapi dia buat bodo je..pas tue yg paling aku geram adalah dia pergi ngadu kat bapak dia kat korea,pastue bapak dia tipon aku bg nasihat,nasib baik bapak dia bagus..bg terguran dngn baik tau..tapi JGN jadi mcm BDK2 la...hi3.klu korng ade kat tempat aku mesti geram tau...aku tak tau nak wat ape dah.aku terus buang YM dia,no tipun,n mcm2 lagi la..mls gile aku nak berkwn org mcm dia.klu tak hormat aku sebagai lelaki pun ,pk la kite kan kwn..nasib baik aku ada org yag leh bawa berbincng hal2 mcm ni..name dia kiki lala(atau pun kiko),dia best gile,kwn yg bagus le.. suke je kacau dia sbb dia ni mcm kartun ckit..hi3.nak kongsi masalh ni ngn rose aku memang tak boleh la..dia cbuk hal dia je..dah tue baru nak baik ckit dah mule buat hal balik..biar la hal aku n rose ni..semua nak buat aku boring ngn peempuan ni..hi3..tapi aku tetap relex sbb aku masih bnyk kwn untuk kongsi masalh ni...hu3.

(sejarah)kewafatan baginda rosulallah

Utk Renungan Bersama.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,

bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",

peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -

"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

muqoddimah


السلام عليكم
selamat datang ke blog aku ni,sebagai pemulaan aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberi aku pengetahuan untuk aku membina satu blog persendirian.sedang kan aku yg doif gile dalam BI ni juga mampu nak buat n ini semua semesti nya dari kudrat Ilahi hakikat nye.selawat n salam kita pada baginda rosullallah S.A.W dan ahli bayt nya.kerana tanpa rantai ahli keluarga nabi yg mulia ini,kita tidak akan dapat merasakan nimat islam yg sebenar .semoga kita semua akan mendapt rahmat serta inayah dari NYA. tujuan aku mem membina blog ini,kerana aku nak masukan segala info,pengalaman,cerita n lain2 lagi kat cni.sememang nya aku di dalam menulis blog ini.akan melakukan kesalahan jadi aku dahulu kan ianya dengn ampun dan maaf.semoga kalian semua akan dpat faedah di kala sunyi daripada blog aku ni.sekian..salam