agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

kisah pedoman(antara hakikat dan penipuan)

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh
mana
syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan

orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang
lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan
orang lain hancur....nauzubill ah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan

bomoh handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir
setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

bomoh itu mendengar dengan
teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan
handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok
bomoh
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai
sekitarnya
pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'

saya menjawab: tidak. saya hanya.......

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si
polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan.
saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan
beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh
tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka,
anak
perlu bawa barang-brang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir
terhadap
si polan tadi.

'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai
sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup

saya ingat...

'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan

ini?' tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC......

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya
menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil
di
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan
akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya
tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan
bomoh
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan
perniagaan
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya

mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan

lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak
digunakan
dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan
amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai
ada
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakba r!

Reply