agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

hari ini

salam....

hari ini...
ape yg ateh buat hek??

ape2 pun sebelum tu ateh nak ucapkan mekasih banyk2 kat kawan yg mendoakan ateh tau..
sbb pinjaman ateh dah masuk..suke gile2 ni...tak jadi la nak letak kerengga kat pejabat dia org tu..sbb sekrg dah dapat pinjaman
:ahaha:hihihihihi.sukenye hati aku.........

tarik balik la kate2 ateh yg kutuk2 dia org tu..
sruuuuuuuuuuuuuuuuuuup.......(buat bunyi sedut tau hahahahhah)
mcm megi la pulak kan..hhihi:puppyeyes:


kelaka jugak ateh tngk kat box chat ateh tu..
pasal kak izan n akk anaiz ni...
mule kak zan pelik sbb dia tulis perkataan "boring" keluar gambar kartun..
pastu kak anaiz pun ejek kak zan sbb benda tu pun nak kecoh...

tup2...

akk anaiz lak kene.hihihihihi.....
sory tau kat korg semua.ateh pun tak tau mcm mane leh keluar mcm tu.hi3
ape2 pun buat akk anaiz n kak zan jgn marah ye..snyum sokmo tau.
mekasih jugak kat smua yg melawat...

ok2 ateh nak cite kat korg ape yg ateh buat hari ni ok..
hari ni ateh dah jadi manusia yg boleh wat keje ckit..
sbb duit dah masuk..klu tak masuk duit tu..ateh kan dok dalam umah je jadi suri rumah yg bertauliah....hihihihih


pagi tadi....
buat kali pertama nya...
ateh dan kawan2 bangun pada pukul 8 pagi..
klu tak,selalu nya pada pukl 11 pagi atau pun azan zohor baru bngn:yawn:

kite org g jenjalan kat irbit..cari barang2 bundle untuk jadikan perhiasan diri.hihihi
tak ade barang ape pun tadi..cume dapat beg jansport je tadi..

pas tu mcm biase la kan klu org yg gemuk mcm ateh ni berjalan mesti nak makan nye la...
ape lagi makan time....

tngk la gambar ni ..
ni adalah sejenis makanan arab tau..nama dia KEBAB...

ok kite layan gambar2 n penjelasan ateh pasal gambar2 ni ok
semase perjalan ateh hari ni ok....




yg ateh makan tu di namakan kebab..dia di buat dari daging kambing..selalu nye la..tap yg ateh makan ni org ckp di buat dari daging keldai..sohih ke tak ateh tak tau..ateh makan je...hihihi



care2 makan dia...kite kene cabut dia dari besi tu..tak kan nak makan sekali ngn besi kan..patah gigi pak cik oi..hihihi.pas tu korg balut dia ngn roti tu..kemudian cecah ngn sos..akhir sekali suap kat mulut korg yg terliur tu...hihihihi


ni pulak pasar yg ateh g tadi tu..sebenr nye cbuk je pasar ni..cume ateh tak berani nak tangkap gambr tngh2 org ramai tu..kang org kate ateh ni gayat la pulak.hihihihi





ni mercu tanda kat bandar irbit ni..klu nak g balad dia.ckp je nak ke "duar saat" maksud dia bulan yg ade jam..make anda akan di turun kat situ le...tak tau le jam tu betul ke tak..tak tngk pun tadi.hhihihi



ni pulak menu ateh hari ni..ayam masak merah.ateh masak dengn mudah,sedap n cepat.klu nak resepi nye..tinggal kan komen.hihihihi.hanye 15 minit je masak ni.hihihihi

tips untuk room mate

salam..........

kawan2 semua..
ateh boring sangt2 ni..
bile nak hilang boring ni ha...:tsk:

ateh nak g jalan2 kat lubnan n syria tapi pinjaman tak masuk2 lagi
dah nak2 bulan tunggu ni..selalu nye bulan 11 atau awal bulan 12 dah masuk
ni tak masuk2 lagi...ade yg ateh g letak kerengga bnyk2 kat pejabat dia org kang
bg dia org tak boleh wat keje.hihhihi:sobrakana:

ateh nak layan cite kekasih ku seru la..org cakap best.ateh dah don lod cite tu,mlm ni nak
habiskan tngk..hihihihi

ateh bg korg tips untuk kawan seblik korg ye
sape2 yg dah kawin buat la untuk laki atau bini korg.hihihihi:okay:

layan...
zas.......



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit.
Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda.
Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak.
Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.
Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat

gelaksetan gelaksetan gelaksetan
sure2 lpas wat nie..kowg xde roomate da.. haha

dead sea (laut mati ) & jordan

salam..

korg semua tau tak..ateh boring gile2 kat cni tau..tak tau nak buat ape....
nak g jalan mane2 pun tak boleh lagi..sbb tunggu kawan2..
oleh tu ateh pun dok la umah ni mcm suri rumah....:hilo:

main game..
kemas umah...
basuh pinggan mangkuk yg dah nak jadi naga sbb lame tak basuh
lap kasut la..
kemas baju yg berselerak
n bnyk lagi le...

tp ateh tetap boring....

oleh kerana ramai sahabat2 blog yg nak ateh cerita kan pasal jordan ,make malam ni ateh akan menulis kat korg pasal jordan..n tempat best yg terdapat dalam jordan...

kite g satu2 tau..:astig:



jordan

ni bendera dia (beza dia ngn palestin hanye bintang dia je)



ni pasal jordan ok..

- Politik
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

Nama
Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh a.s.

Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59' - 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan. Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter. Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

Iklim

Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5 dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7 dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami perubahan 4 musim ;

Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

Tumbuhan semulajadi
tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan.

Populasi
5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )

Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

Agama
92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain seperti Druz

Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'

Ekonomi
Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-hasil perkhidmatan dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.

Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat, minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

Perbezaan waktu dengan Malaysia
Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

1) Wang Kertas
Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.


2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang
1 Qirsy = 10 fills
10 Qurusy = 100 fills
100 Qurusy = 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa
USD 100 = JD 70.800 (menurut pertukaran semasa)

Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ;
- Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia
- Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato



mcm mane....
dah paham pasal jordan lom...
klu tak paham bace ape yg ateh tulis kat atas tu bnyk2 kali...hihihihi
sebenr nye....
ateh copy je la...nak tau lebih lanjut bace kat cni..

http://tintadakwah.multiply.com/reviews/item/13


sekrg ni ateh nak cerita pasal tempat yg best kat jordan..malam ni ateh hanye ceritakan satu je...esok atau hari2 yg lain ateh akan cerita kan tempat2 yg lain lak ye...




laut mati


sebelah kanan jordan n sebelah kiri israel

laut mati ni atau name org puteh nye dead sea terletak di tebing atau benteng pemisah antara jordan n israel...sbb tu la kite penah dngr kat israel pun ade laut mati...

laut mati ni adalah tempat terendah di dunia ..sbb itu la suhu dan keadaan kat situ berbeza dengn tempt biasa...

sejarah nye laut mati ini adalah...tempat bala yg ALLAH turun kan kepada kaum luth yg (gay & les).kerana ALLAH murka kepada mereka,make ALLAH membalik kan bumi.

klu korg tngk la kan.sebelah je kawasan laut mati ni,,,banyk sangt2 tumbuhan menghijau..tp bile sampai je kat kawasan laut mati ni..mesti takde satu pun tumbuhan yg hidup...kering je semua nya....ni menunjukkan bukti bala ALLAH dan kekuasaan NYA...


laut mati ni lak...ia adalah laut yg termasin kat dunia..
klu kite mandi kat situ la kan..mesti tak kan tengelam punye la.....
biar la badan kite ni mcm manja lara sekali pun...hihihihi:scream:

klu mandi laut mati ni... kite kene bawa air biasa dalam botol sambil mandi tau.sbb klu air laut mati kene mate kite..pedih sangt2.boleh sakit mate jadi klu ade air tu di samping kite..make leh basuh terus je tak payah nak naik ke pantai.....:okay:

air n lumpur laut mati ni boleh buat ubat kulit..klu org fonfuan mesti tau nye la...kulit boleh licin dan tiada gangguan jerawat atau jeragak hihihihihi.:woooh:

klu org yg bnyk kurap ke..kudis2 ke...siap la..mcm ikan sembilang kene garam le jawab nye..pedih2 kulit tau...hihihihii:waaah:

sekrg ni kite layan gmbr2 dia..sekali gambar ateh kat sane
ok semua ....

jom layan.............zassssssssssssss



curi2 gambar pelancong lain..jahat hek??


kite org mandi walaupun senja...


memandang tanah palestin yg di rampas israel



mata hari tenggelam di laut mati



keadaan pantai laut mati sebelah malam


lumurkan lumpur ke badan n muke elok tau..tapi pedih gile vavi le
(gambar kene kaburkan klu tak seksi la ateh hahaha)


ni salah satu ubat yg laut mati...


ok2..nnt ateh cerita lagi pasal tempat yg lain ok...salam....

Akhirnya Sempurna

gambar dalam kelas(gambar lame dah)hihhi


:hi:
salam...
alhamdulillah....
yahuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!
horay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:woooh:

(mcm bagus je ateh kan letak alhamdulillah dulu..padahal mcm nak lupe da tadi tu..hihihihi)ape pun bersyukur itu mesti di dahulukan.
:please:

ha!!!!! korg semua mesti tau kenape ateh gembira sangt2 kan..tak lain dan tak bukan ....sbb ateh dah bebas dari exam yg akan melebamkan mate ateh ...hahahahhaa(gelak dengn gaya angkuh)hahahha
:ahaha:

ateh rase mcm nak letupkan semua bangunan kat university ateh tu je tau..yg ateh ateh nak tinggal kan hanye pejabat pentakbiran ..sbb klu meletup gak...mcm mane sijil ateh nak keluar...betul tak???? huhuhuhu.
:devilishgrin:

tapi hakikat nye tak boleh la pulak nak letupkan ..di universiti ni la yg bnyk membantu ateh selama ni....mekasih university ku..

untuk pengetahuan korg...tu pun klu nak tau la kan.hihhihi
ateh mule masuk U ni akhir tahun 2005 dan ateh berjaya menghabiskan degree ateh pada awal tahun 2009 ni bermakna target ateh tercapai tau..dalam mase 3 tahun ateh berjaya menyelesaikan nya..syukur sangt2 kat ALLAH..sbb bg kekuatan.
:okay:

ateh nak ucapkan mekasih cangat2 kat mak n abah,abg,akk,adik sarah,luqman(keluarga) sbb bnyk sangt g semangt kat ateh yg lemah ni..tak lupe jugak untuk tok guru ateh yg ateh sayangi,gtu jugak kawan2 ateh kat cni...insan istomewa ateh,kawan2 ateh kat malaysia..guru2..saudara mara dan yg terbaru, kawan2 blog ateh...tanpa nasihat dan dorongn korg mungkin ateh masih seperti dahulu..huhuhu

sekrg ni ateh hanye tunggu keputusan keluar sepenuh nya..dalam otak ateh yg suke berangan ni kan...asyik dok pikir nak sambung MA je..tapi money mcm tak cukup je tau..balik ni ateh nak mintak mane pihak yg boleh bg sponser la..klu tak de,terpakse la ateh gadaikan harta pusaka ateh.hahahha(mcm drama la pulak) hihihi.kite cube la cari rezeki yg ade untuk belaja kan...hihhihihi
:sigh:

ok2...
ateh nak mintak jugak le pendapat korg kan...
ateh ade duit pinjaman yg lebih ckit ni..ade dalam 6 ribu lebih kot...
ape yg ateh patut buat..

(a) beli barang(hp,kamera,komputer baru)
(b) gune duit tu jenjalan kat cni
(c) gune untuk kawin bile balik malaysia
(d) gune untuk sambung belaja MA
(e) dan lain2 (klu ade pendapat lain)


ok le..ape2 pun makasih sbb bace blog ateh yg comot ni...syg korg semua...salam.....


ni gambr pada tahun 2005(trnsit kat thailand)