agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

~GaDiS MeLaYu Ku...~



assalamualaikum....

kali ni aku nak cite kat korang satu rancangn yg best gak la bg aku(bg korg aku tak tau la.aku bukan kasyaf mcm tok dalik~watak puaka niang rapik~).aku jarang je layan cite mcm ni klu kat malaysia.tapi klu dah jauh mcm ni kan.bnyk la cite yg aku layan .salah satu cite yg aku layan..cite "Gadis Melayu"...

cite ni kan mengisah kan tentang pencarian seorg gadis melayu yg memenuhi segala ciri2 wanita melayu.bg aku ramai je yg ade ciri gadis melayu yg sempurna kat malaysia ni.cume dia org bukan jenis yg nak menunjuk2 la kan(menyedapkan ayat.padahal payah gile nak cari).tapi ape yg aku suke ngn rancangn ni kan..dia ade meletakkan.unsur2 islam dan adap2 melayu yg dah lame wanita melayu lupe.setakt ni kan..dah 8 episod dah.yg terakhir malam tadi la..cerita ni diade kan selama sejam pada pukul 9.30 malam setiap hari khamis.

dalam bnyk2 peserta yg ade dlam program ni kan.hanye seorg je yg ade megnet ngn hati aku..bile aku tngk je muke dia kan.hati aku ni bergetar2..mcm kene tembak dek panahan cinta pandang pertama,wah mengayat la pulak.hihihihi.yg mahal dia ni kan.dia wanita yg bertudung,sopan santun,suke berpantun,lembut,dan yg paling penting..ade tahi lalat manis kat hidung..hihihiihihi

harap2 dia la menang.klu kalah pun.aku masuk meminang la nnt.hahahahha.klu korang mcm ternganga je ngn ape yg aku cakap ni ..korng tengk sendiri cerita tu ok...hihihihi
ok bye...
wasalam


ni biodata gadis melayu yg ku minati...



Nama: Khairul Noormaidah Bt Zali
Umur: 23 tahun
Asal: Kuantan, Pahang
Minat: Bidang pengacaraan
Kerjaya: Pelajar
Keunikan dan Kelebihan Diri: “Seorang yang penyayang dan berani mengharungi apa jua cabaran yang diberi.”

~lawatan pegawai selangor~

mcm khusyuk je...hihihihi

assalamualaikum...
kom ape? kompang.pang ape? pangkat,kat ape?kati,ti ape? timang.mang ape? mangkuk....
(tu la lagu mase kita kecik2 dulu kan..ingt tak...klu ingt g main ngn kawan serumah ok..)

ok2 hari ni aku nak cite pasal program yg diadakan kat universiti aku.hari kan..ade dua org pegawai dari kerajaan selangor datang melawat kite org tau.dia datang nak jumpe ngn semua pelajar2 kat u aku.dia kate dia dah g mesir .dari mesir la baru dia org nak datang jordan.sokmo mcm tu tau.asyik2 mesir je yg dia org dahulu kan.kite org ni mcm anak tiri yg disisihkan je..tau la anak tiri ni hensem n cantik mcm cite sindarela...huhuhuhu(dah lame tak tngk cite sindarela tu kan,tp klu sindarela tu sambung untuk bahagian 2 nye best gak tau..aku minat tushe....)dah2 sambung cite balik

aku tak kesah la mane dia org nak mai dulu yg penting ade jugak dia org jenguk2 kite org ni.yg penting bukan program dia org tu tp makanan yg persatuan sedia kan.aku hampa gile tau.sbb mlm tadi makan nasi goreng je(setakat nasi goreng ...mak cik timah dekat umah aku boleh masakan lagi best tau.siap org2 bujang yg dok sebelah umah bawa pinggan datang..wah! mcm dalam iklan je) .aku ingt kan ade ke lauk pauk ke...ape ke..tapi haram....

aku kene bersyukur gak sbb ade gak makanan kan cube klu dia buat air je..tak wat makanan.lagi la menyanyi lagu rock perut aku ni.ape2 pun mekasih tau persatuan ku...(bodek balik)

dia org ni datang bg ceramah tentang kerajaan baru kat selangor.biase la klu wakil rakyat datang,mane nak cite yg buruk2 kan.mesti yg bagus2.aku dngr tadi kan.mcm negeri selangor ni dah jadi syurga lak.hahahhaa.baik je...tp dah fitrah org berparti mcm tu kan.. nak wat mcm mane..kang klu aku tegur kang tak pasal2 elok dia bercakap gune mulut tibe je dia bercakap gune tapak tangan .dah kemerah merahan je pipi aku ni...hihiihihi

ape2 pun terima kasih la.. sbb mai jugak dtg menjenguk kami.cume lain kali klu wat kat hotel kan best ckit...hahahha.baru laboleh aku pakai taksedo ke,baju batik ke,ade gaye mcm jehan...
wah! jehan...sape kah artis yg selalu di sinonim kan dengn aku ni....hahahhahha.lu pikir la sendiri..

semoga jasamu di balas oleh ALLAH dan kamu mendapat kebaikan disisinya...amin.....




(penceramah,ustzah solehin & ustz halim)

petua dari imam syafie...

salam...
ni petua2 yg imam bg mazhab kite letak kan .korg cube2 la buat.klu tak mampu buat jgn lak lupe tinggl kan mane yg perlu tau...


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1.
makan daging
2.
memakai haruman
3.
kerap mandi
4.
berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan

1.
banyak berkelamin (bersetubuh)
2.
selalu cemas
3.
banyak minum air ketika makan
4.
banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata
1.
duduk mengadap kiblat
2.
bercelak sebelum tidur
3.
memandang yang hijau
4.
berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1.
memandang najis
2.
melihat orang dibunuh
3..
melihat kemaluan
4.
membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1.
tidak banyak berbual kosong
2.
rajin bersugi (gosok gigi)
3.
bercakap dengan orang soleh
4.
bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli nerak

keindahan ciptaan ALLAH

salam....
korang kene bace ni tau.best tau.klu korng bace nnt korang mesti nak sujud lame2.hihihihii

cite dia mcm ni:


'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang SUJUD semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.

Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'