agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

salam lebaran..


salam lebaran...

alhamdulillah..bersyukur kita pada ALLAH,sbb ade lagi nafas untuk kita menyambut raya korban tahun ni..untuk pengetahuan korng, ni kali ke 2 aku sambut hari raya korban kat jordan.sbb tahun satu dulu aku sambut hari raya korban kat mekah.sambil buat haji.wah dah haji rupe nye aku ni..tapi tak mcm tok haji pun.haji muda biase la(ada gaya tersendiri)hihihi

kat kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha,maaf zahir dan batin.dan halalkan segala makan dan minum.klu ade tercuri ke,terkutuk ke,terambil ke,ape2 je la yg ter2 atau sengaja ni.aku harap2 sangt di maaf kan.aku ni bnyk sangt mengata kawan2 aku.jadi aku mintak maaf sangt2 tau.semoga hari raya korban ni,ALLAH menerima segala pengorbanan yg telah kita lakukan.aminnnn...

korg nak tau tak.mlm raya kat cni kite org buat ape..klu kat jordan ni lain ckit tau.tak mcm malaysia.kite org lepas je isyak tadi.kite org semua g main bola..kan tak gile name nye.ade ke mlm raya main bola.klu kat melaysia korg wat mcm ni.memang naik batang penyapu mak korg kat kepale.tak pun habis kene jeritan singa dari akk atau mak korg kan.tp kat cni..tak..kite org semua buat bodo je.hihihi.jgn salah paham lak..kite org tetap bertakbir tau..benda tu kite org tak tinggal tau.

lepas je main bola..mcm biase la..setiap kali raya full house (nama umah aku) akan wat la makan2 ckit.selalu nya saban (mcm gaban lak) tahun kite org buat besar2,ajak semua budak U kite org.tp tahun ni.kecil2 lan je.sbb tak cukup duit.mlm ni kite org buat beberape menu..

-ketupat
-lemang
-kuah kacang
-lontong
-rendang

dalam bnyk2 tu aku mcm biase la..ditugaskan untuk masak rendang.tahun ni insyALLAH jadi la.tak mcm rendang aku tahun satu.dari warne hijaun jadi warne hitam.hihihihi.kat cni aku letakkan beberape gambar sesi memasak kite org tau.

ape2 hal...aku nak ucapkan selamat hari raya kat korang semua.semoga kite semua mendapat kebahagian di hari lebaran ini.


membeli blah di malam raya


mase memulakan masakan....


rendang yg hampir siap


ni la dia klu org lelaki yg usik dapur hihihi


ketupat dan lemang segera yg sedang disejukan


makanan tambahan di pagi raya

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI


assalamualaikum warahmatullah...

sehubungan dengan ini aku menyeru, sahabat-sahabat pembaca agar sama-sama mengembeling tenaga bagi tujuan membantah PPSMI. Hal ini kerana, PPSMI telah dilihat sebagai penyumbang kepada kecacatan bahasa melayu yang telah sekian lama menjadi bahasa ilmu di negara ini..

Apa lagi yang tinggal pada Bahasa ibunda kita? Apa lagi yang boleh diwarisi oleh anak cucu kita? Ayuh!! Selamatkan bahasa melayu!

Nyatakan sokongan anda disini !!---> klik

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan yang berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.


Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama”. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunapakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.


Dalam pada itu, pelaksanaan dasar PPSMI yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.


Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”


Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin Melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.


Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia:


• Mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.
• Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.
• Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang
yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.
• Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang
diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.


Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.


Gerakan Anti PPSMI (GAP)
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-61879520
Faks : 03-61842570
www.pkpim.net
spp@pkpim.net
Posted by psychedelicmundo at 08:25

softskill "skill kekayaan cara halal"


salam...

hari ni kite org semua di jemput untuk menghadiri satu program yg berjudul "skill mendapatkan kekeyaan halal"dalam otak aku ni pikirkan yg program ni untuk mengajar aku tentang care2 untuk mendapat kan kekayaan secara halal dan mudah..tapi ku sangkakan hujan sampai ke petang rupanya salji di tngh hari(versi jordan),kl

u salji best gak boleh main baling2 tau buat air batu campur ke..penah gak aku terpikir tau.klu salji tahun ni..aku nak beli jagung n kacang.buat ABC.klu boleh la...tp org kate salji tu asid ye ke??..dah2 sambung balik cite aku....

ok2.kenape aku ckp yg sangkaan aku ni melepet(meleset)..sbb penceramah yg datang bukan nak bg skill tentang care2 atau step untuk meniaga tau mendapatkan kekayaan yg halal dan mudah..tapi dia hanye menekankan berkenaan dengn pemikiran yg asas dan dengn pemikirn itu akan mendtg kan kekayaan yg halal.tp ape pun aku rase bagus gak tau..sbb dengn ade nye ceramah mcm ni membolehkan aku berfikir dan mengulas ape yg dia cakapkan..selama aku dok kat dalam program tu kan(tak kan la berdiri,klu berdiri mcm sekolah rendah lak aku.kene berdiri atas kerusi sbb main pemadam mase cikgu mengajar)..aku dapat beberape point:

1.kita perlu selalu berfikir positif..klu ade fikiran yg negatif bermain dalam pemikiran kita.elok kite buang cepat2.sbb pemikiran negatif yg ada dalam otak kita akan menguasai emosi dan akan membawa kita untuk melakukan nya..contoh..klu kita asyik berfikir yg kita kan kemalangn..satu hari nnt kita mesti akan kemalangn.tapi klu kita selalu berfikir untuk selamat.kita kan mendapat keselamatan..ini la pendapat yg di keluarkan oleh doktor tu..

-bg aku..aku perlu menambah ape yg doktor tu ckp.memandai je aku kan(tp betul tau.) mcm ni sebenr nye..sebelom kita melakukan sesuatu.kite perlu fikirkan baik dan buruk benda itu..tapi bile dah mule lakukan kite kene selalu berfikran positif..serta yakin yg kite buat itu baik dan berjaya.dan yg penting sekali tawakkal @tawakkil boy.hihihihihi.aku juga rase tak selalu nya kite kene berfikir pasal yg positif je kengkadang kan kite kene fikirkan yg negatif agar dapat kite bersedia..

2.jgn mudah dikuasai oleh pengaruh persekitaran..sebb ia kan membuatkan kita mundur dan payah untuk membuka ruang pemikiran kita..

hakikat nye..(ni niat asal aku dan kawan mase g program)aku n kawan2 g program tu ada sbb tertentu..sbb nyekan.. mane la tau..doktor tu berkenan ngn salah sorg dari kita org.sbb anak dia ade belaja ngn kita org.anak dia..org kate lawa + cun + syadid.jadi klu nak ngorat anak dia memang payah la..jadi kene la ngorat ayah dia dulu.hihihihi.tapi setelah aku melemparkan(mcm baling buah lak) soalan yg agak mcm membantah pemikiran doktor tu..aku tau dah yg paratus untuk aku menekel ayah dia ibarat mencari bintang dalam hujan lebat..wah! bermadah lak.hihihi

ape2 pun terima kasih aku ucapkan kat ayah budak tu..semoga ape yg dia ajarkan masuk dlam otak dan tak keluar setelah aku tido....

ok salam.....(penceramah mendapat cenderahati dari persatuan)