agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

dead sea (laut mati ) & jordan

salam..

korg semua tau tak..ateh boring gile2 kat cni tau..tak tau nak buat ape....
nak g jalan mane2 pun tak boleh lagi..sbb tunggu kawan2..
oleh tu ateh pun dok la umah ni mcm suri rumah....:hilo:

main game..
kemas umah...
basuh pinggan mangkuk yg dah nak jadi naga sbb lame tak basuh
lap kasut la..
kemas baju yg berselerak
n bnyk lagi le...

tp ateh tetap boring....

oleh kerana ramai sahabat2 blog yg nak ateh cerita kan pasal jordan ,make malam ni ateh akan menulis kat korg pasal jordan..n tempat best yg terdapat dalam jordan...

kite g satu2 tau..:astig:



jordan

ni bendera dia (beza dia ngn palestin hanye bintang dia je)



ni pasal jordan ok..

- Politik
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

Nama
Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh a.s.

Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59' - 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan. Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter. Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

Iklim

Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5 dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7 dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami perubahan 4 musim ;

Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei (3,4,5)

Tumbuhan semulajadi
tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan.

Populasi
5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )

Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama

Agama
92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain seperti Druz

Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'

Ekonomi
Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-hasil perkhidmatan dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.

Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat, minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

Perbezaan waktu dengan Malaysia
Perbezaan waktu dengan Malaysia pada musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan kepada :

1) Wang Kertas
Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.


2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut 'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang digunakan oleh penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'. Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang
1 Qirsy = 10 fills
10 Qurusy = 100 fills
100 Qurusy = 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa
USD 100 = JD 70.800 (menurut pertukaran semasa)

Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam. Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ;
- Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia
- Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato



mcm mane....
dah paham pasal jordan lom...
klu tak paham bace ape yg ateh tulis kat atas tu bnyk2 kali...hihihihi
sebenr nye....
ateh copy je la...nak tau lebih lanjut bace kat cni..

http://tintadakwah.multiply.com/reviews/item/13


sekrg ni ateh nak cerita pasal tempat yg best kat jordan..malam ni ateh hanye ceritakan satu je...esok atau hari2 yg lain ateh akan cerita kan tempat2 yg lain lak ye...




laut mati


sebelah kanan jordan n sebelah kiri israel

laut mati ni atau name org puteh nye dead sea terletak di tebing atau benteng pemisah antara jordan n israel...sbb tu la kite penah dngr kat israel pun ade laut mati...

laut mati ni adalah tempat terendah di dunia ..sbb itu la suhu dan keadaan kat situ berbeza dengn tempt biasa...

sejarah nye laut mati ini adalah...tempat bala yg ALLAH turun kan kepada kaum luth yg (gay & les).kerana ALLAH murka kepada mereka,make ALLAH membalik kan bumi.

klu korg tngk la kan.sebelah je kawasan laut mati ni,,,banyk sangt2 tumbuhan menghijau..tp bile sampai je kat kawasan laut mati ni..mesti takde satu pun tumbuhan yg hidup...kering je semua nya....ni menunjukkan bukti bala ALLAH dan kekuasaan NYA...


laut mati ni lak...ia adalah laut yg termasin kat dunia..
klu kite mandi kat situ la kan..mesti tak kan tengelam punye la.....
biar la badan kite ni mcm manja lara sekali pun...hihihihi:scream:

klu mandi laut mati ni... kite kene bawa air biasa dalam botol sambil mandi tau.sbb klu air laut mati kene mate kite..pedih sangt2.boleh sakit mate jadi klu ade air tu di samping kite..make leh basuh terus je tak payah nak naik ke pantai.....:okay:

air n lumpur laut mati ni boleh buat ubat kulit..klu org fonfuan mesti tau nye la...kulit boleh licin dan tiada gangguan jerawat atau jeragak hihihihihi.:woooh:

klu org yg bnyk kurap ke..kudis2 ke...siap la..mcm ikan sembilang kene garam le jawab nye..pedih2 kulit tau...hihihihii:waaah:

sekrg ni kite layan gmbr2 dia..sekali gambar ateh kat sane
ok semua ....

jom layan.............zassssssssssssss



curi2 gambar pelancong lain..jahat hek??


kite org mandi walaupun senja...


memandang tanah palestin yg di rampas israel



mata hari tenggelam di laut mati



keadaan pantai laut mati sebelah malam


lumurkan lumpur ke badan n muke elok tau..tapi pedih gile vavi le
(gambar kene kaburkan klu tak seksi la ateh hahaha)


ni salah satu ubat yg laut mati...


ok2..nnt ateh cerita lagi pasal tempat yg lain ok...salam....

14 Responses Subscribe to comments


  1. Anonymous

    hhmmm.. penah gak bace pasal laut mati ni.. harap satu hari nanti dapat la bawak family gie pegi sana.. bestnyer..hoho.. ateh bawak balik setong air laut tu nk cube ar basuh muka.. hoho mane latau muke tetibe putih melepak pulak..haha..gurau je.. sayonara..hehe..

    1/25/09, 11:50 PM


  2. Linda Abdullah

    Wah..nak gi Jordan lah mcm gini..huhuu..
    bagus ateh, teruskan usaha rajin buat kerja-kerja suri rumah sepenuh masa..heheh

    1/26/09, 2:08 AM


  3. Anonymous

    ha kau..
    sekali ateh bagi info, panjang lebar daaa..
    eh lumur lumpur tu pedih ker? bukan ke kalau lumur lumpur leh kasik lembut kulit??

    1/26/09, 8:23 AM


  4. Suzi

    wah dah lumur lumpur ye ateh...menjadi tak??
    pedih sikit takpe asal hasilnya memuaskan hihihi....

    1/27/09, 12:12 AM


  5. Wahidah

    wah good info about jordan la...mcm best je laut mati ni ateh

    1/27/09, 6:05 AM


  6. chentatiku

    i tot if masuk laut mati...kita kan terapung..bcoz of kandungan garam yg sgt tinggi...rupenye tak..hehehe

    1/27/09, 6:47 AM


  7. ateh...

    dr gie-ok2 nnt ateh bawa satu tong besar ..bukan muke je putih but semua sekali putih hihihihih

    1/27/09, 1:16 PM


  8. ateh...

    linda-tak mo la jadi suri rumah sepenuh mas..letih tau..nak cari bini @ org gaji le...tak pun bini yg merangkap dengn ciri2 org gaji.hahahhaa

    1/27/09, 1:18 PM


  9. ateh...

    anaiz-memang la untuk licin kan kulit tapi kan mase lumurkan tu..sakit tau.klu muke kite ni ala2 berjerawat je..memng la sakit tau.hihihihi

    1/27/09, 1:21 PM


  10. ateh...

    kak suzi-haah dah lumur tau tapi muke ateh ni memang tak boleh nak pakai ape2 kot.still cute je..hihihihi

    1/27/09, 1:23 PM


  11. ateh...

    wahida-best sangt2 tau wahida..mai la dtg cni sebelum ateh balik malay ni.hihihi

    wani-ye ke..ateh tak paham le wani..habis tu kite tak tenggelam sbb ape hek??

    1/27/09, 1:25 PM


  12. INTAN

    N3 kali ni sgt2 geografik gitew...hehe

    1/28/09, 6:17 AM


  13. Belog Cik Peanut

    wah, bestnye...
    nak g gak..
    hehhehe
    tapi angan2 dalam mimpi je kot..
    hehehehe...

    1/30/09, 9:59 PM


  14. Anonymous

    Kbtlan saya nk g wat Umrah 11hb,Jun ni, sblm tu sggah Jordan dlu. Nk g tgok Laut Mati. Bla dgau cite Ateh ni makin seronok lak. Tak sabau nk g cna...

    6/6/10, 11:56 PM

Reply