agar semua tersenyum dengan ku

Alfatihah buat abg tersayang

Alfatihah buat abg tersayang
Muhammad bin abdol razak

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

PENGENALAN PENGARANG KITAB AL NAFHAH AL ILAHIYYAH :

AL MUHADDITH SAYYID ABDULLAH IBN AL SIDDIQ AL GHUMARI

Syeikh Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari dilahirkan pada akhir bulan Jamadil Akhir 1328H bersamaan 1910M dan wafat pada 1413H bersamaan 1993M di Tonjah.

Beliau dibesarkan di bawah didikan ayahandanya. Beliau telah menghafaz al Quran dengan pelbagai Qiraat dan menghafaz matan-matan ilmu termasuklah sebahagian besar Alfiyyah, Arba’in al Nawawiyyah, al Ajrumiyyah, Bulugh al Muram, Mukhtasar Syeikh Khalil dan sebagainya.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti al Qurawiyyin, Fas, Morocco dan Universiti al Azhar. Pada tahun 1350H bersamaan 1931M, beliau menduduki peperiksaan di Universiti al Azhar dalam 12 bidang ilmu Islam dan berjaya memperolehi ijazah Al`Aliyyah. Tarafnya sama atau lebih tinggi daripada Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) pada zaman ini. Beliau mempunyai ramai guru di merata dunia Islam.

Di antara gurunya yang terkenal ialah ­ayahandanya sendiri, Sayyid Muhammad ­ibn al Siddiq, saudaranya al Hafiz Abu AlFaidh Ahmad, al Allamah Sayyid Ahmad ­ibn al Tayyib al Qadiri, al Allamah Al Muhaddith Abdul Hayy al Kattani dan Allamah al Qadhi al Husin al ‘Iraqi dan ramai lagi.

Karyanya yang pertama ialah kitab yang mensyarahkan Matan al Ajrumiyyah. Kitab karangannya yang lain ialah Al Ibtihaj bi Takhrij Ahadith al Minhaj li al Baidhawi, Fadhail al Quran, Syarh al Irsyad fi Fiqh al Malikiyyah, al Qaul al Muqni’ fi Raddi `ala al Albani al Mubtadi’ dan lain-lain lagi.

KITAB DALAIL AL KHAIRAT :

Kitab Dalail al Khairat merupakan kitab salawat yang disusun oleh Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Sulaiman Jazuli. Kitab ini amat masyhur di dunia Islam dan telah menyuntik semangat umat Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam. Bahkan, kitab ini mendapat perhatian yang besar dari setiap golongan, dari golongan bangsawan hinggalah kepada rakyat jelata.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah tercatat dalam sejarah Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji ( 1777 – 1784 ) dari kerajaaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka, yang gugur syahid di Teluk Ketapang Melaka, dengan badik sebelah tangan dan kitab Dalail al Khairat di sebelah tangan lagi.

Reply